Tenaga pengajar kami

Posted by Azhan | Latar Belakang Syarikat | Monday 27 July 2009 1:36 pm

 gmbr-faizal

Kini Azhan LP Enterprise telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan menghantar seorang lagi staf kami iaitu Encik Faizal Zahari ke kursus SPIM dan beliau telah lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan oleh JPJ semasa kursus tersebut dengan jayanya. Kini ‘Cikgu Faizal’ telah menjadi tenaga pengajar kami setelah ditauliahkan sijil kursus SPIM tersebut. Tahniah kepada ‘Cikgu Faizal’.

Selamat datang ke www.belajarmemandu.net

Posted by Azhan | Latar Belakang Syarikat | Friday 15 August 2008 12:23 pm

Assalamualiakum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

gambarcikgum_7da1ab51

   www.belajarmemandu.net adalah milik penuh Azhan LP Enterprise (001836155-U) yang mana pemiliknya adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang instruktor pemanduan selama lebih kurang sepuluh tahun. En Azhan Omar telah mengikuti kursus SPIM yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu kursus yang wajib dihadiri bagi setiap instruktor pemanduan di seluruh Malaysia.

   Azhan LP Enterprise merupakan rakan kongsi Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn. Bhd. yang mana Institut Memandu ini adalah antara yang terawal dibuka di Malaysia dan semua litar memandunya adalah mengikut spesifikasi JPJ. Ini bermakna kami akan menghantar semua pelajar kami di Institut Memandu tersebut yang terletak di Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah praktikal kepada anda kerana semua kursus, bengkel, amali pemanduan dan ujian JPJ akan diadakan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Memandu tersebut.

  Azhan LP Enterprise menawarkan perkhidmatan pemanduan pelbagai jenis kenderaan yang menjanjikan keselesaan kepada para pelajarnya dengan hanya seorang instruktor untuk seorang pelajar dan tenaga pengajar kami adalah yang bertauliah dan berkhemah tinggi insyaallah.