Selamat datang ke www.belajarmemandu.net

Posted by Azhan | Latar Belakang Syarikat | Friday 15 August 2008 12:23 pm

Assalamualiakum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

gambarcikgum_7da1ab51

   www.belajarmemandu.net adalah milik penuh Azhan LP Enterprise (001836155-U) yang mana pemiliknya adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang instruktor pemanduan selama lebih kurang sepuluh tahun. En Azhan Omar telah mengikuti kursus SPIM yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu kursus yang wajib dihadiri bagi setiap instruktor pemanduan di seluruh Malaysia.

   Azhan LP Enterprise merupakan rakan kongsi Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn. Bhd. yang mana Institut Memandu ini adalah antara yang terawal dibuka di Malaysia dan semua litar memandunya adalah mengikut spesifikasi JPJ. Ini bermakna kami akan menghantar semua pelajar kami di Institut Memandu tersebut yang terletak di Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah praktikal kepada anda kerana semua kursus, bengkel, amali pemanduan dan ujian JPJ akan diadakan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Memandu tersebut.

  Azhan LP Enterprise menawarkan perkhidmatan pemanduan pelbagai jenis kenderaan yang menjanjikan keselesaan kepada para pelajarnya dengan hanya seorang instruktor untuk seorang pelajar dan tenaga pengajar kami adalah yang bertauliah dan berkhemah tinggi insyaallah.

Perkhidmatan kami

Posted by Azhan | Perkhidmatan kami | Monday 4 August 2008 2:01 pm

Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah seperti berikut: 

  • Lesen Kereta ( Lesen Kelas D)
  • Lesen Motosikal (Lesen Kelas B2 & Lesen B Full)
  • Lesen Lori (Lesen Kelas E)
  • Lesen GDL
  • Lesen PSV Bas, Lesen PSV Teksi
  • Belajar kemahiran memandu kereta
  • Perkhidmatan renew roadtax & insuran kereta online

Pengangkutan adalah Percuma di kawasan sekitar:

  • UIA Gombak, BMI, Jalan Gombak, Greenwood,  Stesen  PUTRA LRT Gombak
  • Taman Sri Gombak, Taman Samudra , Taman Selasih, Taman Desa Minang, Taman Gombak, Taman Melewar, Taman Rowter
  • Selayang, Taman Nakhoda, Pinggiran Batu Caves, Wira Damai
  • Taman Melati, Taman Ibu Kota, Danau Kota
  • Wangsa Maju, Setapak, Jalan Genting Kelang
  • Taman Permata, Kemensah Heights, Taman Melawati, Hulu Kelang
  • Kepong, Taman Ehsan
  • Sentul,Sentul Timur, Kg Batu Muda Tambahan

Keistimewaan Belajar Bersama Kami:

  1. Percuma pengangkutan dari rumah, kolej atau tempat kerja anda
  2. Percuma buku ujian undang-undang
  3. Bayaran secara ansuran sehingga 4 kali
  4. Tenaga pelajar yang berpengalaman, berkhemah tinggi, dan mempunyai Sijil SPIM
  5. Kursus, bengkel, belajar memandu dan ujian JPJ di tempat yang sama iaitu di Institut Memandu Gabungan SKEM
  6. Waktu pembelajaran yang fleksibel mengikut persetujuan pelajar dan instructor
  7. Kaedah pembelajaran yang mudah hanya ikut langkah demi langkah
  8. Perlindungan insuran untuk semua calon.