Selamat datang ke www.belajarmemandu.net

Posted by Azhan | Latar Belakang Syarikat | Friday 15 August 2008 12:23 pm

Assalamualiakum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

gambarcikgum_7da1ab51

   www.belajarmemandu.net adalah milik penuh Azhan LP Enterprise (001836155-U) yang mana pemiliknya adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang instruktor pemanduan selama lebih kurang sepuluh tahun. En Azhan Omar telah mengikuti kursus SPIM yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu kursus yang wajib dihadiri bagi setiap instruktor pemanduan di seluruh Malaysia.

   Azhan LP Enterprise merupakan rakan kongsi Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn. Bhd. yang mana Institut Memandu ini adalah antara yang terawal dibuka di Malaysia dan semua litar memandunya adalah mengikut spesifikasi JPJ. Ini bermakna kami akan menghantar semua pelajar kami di Institut Memandu tersebut yang terletak di Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah praktikal kepada anda kerana semua kursus, bengkel, amali pemanduan dan ujian JPJ akan diadakan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Memandu tersebut.

  Azhan LP Enterprise menawarkan perkhidmatan pemanduan pelbagai jenis kenderaan yang menjanjikan keselesaan kepada para pelajarnya dengan hanya seorang instruktor untuk seorang pelajar dan tenaga pengajar kami adalah yang bertauliah dan berkhemah tinggi insyaallah.

6 Comments »

  1. Comment by Abdullah — October 30, 2008 @ 4:21 pm

    Assalmualaikum
    ENcik, leh tak saya tahu camner dan berapa yuran nk wat GDL?

  2. Comment by Cikgu Azhan — November 14, 2008 @ 5:19 pm

    utk buat GDL anda perlu berumur 21 thn keatas dan memiliki lesen kompeten (bkn lsn P). Utk GDL kos RM 200.
    Hubungi saya di talian 012-3753577 ataupun tinggalkan no phone kpd kami

  3. Comment by Stela — May 26, 2009 @ 8:03 am

    Selamat pagi

    Saya akan mengambil ujian memandu pada hari Khamis (28/5)ini. Oleh yang demikian, saya ingin berlatih sebelum ujian tersebut. Saya ingin tahu samada Encik ada masa untuk berbuat demikian and juga bayaran yang dikenakan. Encik boleh menghubungi saya di 017-8803334 atau melalui email seperti di atas.

    Sekian, Terima kasih.

  4. Comment by Azhan — May 26, 2009 @ 10:52 am

    Terima kasih diucapkan pada Stela kerana sudi menghubungi kami.

  5. Comment by wany — June 4, 2009 @ 9:54 am

    Assalamualaikum Cekgu Azhan n Ayu…

    Cikgu ingat saye lagi tak?? Saya Ex-Student cikgu…Saya ni nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Cikgu Azhan n Cikgu Faizal sebab adik saya Azhar dah pun lulus Lesen Kereta semalam….Saya rasa seronok tak terkata dah ni…

    Terima kasih untuk Cikgu Azhan yang sangat baik hati..senang sangat berurusan dengan cikgu..saya TABIK SPRRIIINNNNGGGGGGGGGG!!!

    Cikgu Faizal pun bagus!!! Tak jemu2 ajar adik saye…Ilmu yg cikgu bagi akan digunakan dengan sepenuhnye…Nanti kalau dah terer boleh lah kiteorg Driftt!! Hehehehe…acah je..

    Terima Kasih Cikgu…

  6. Comment by eja — June 17, 2009 @ 4:23 pm

    Cikgu Azhan, terima kasih atas segala jasa yang telah cikgu berikan pd saya, jemput dan anta saya tiap kali saya nak pegi ujian memandu, dan sikap cikgu yang ramah telah membuat saya rasa senang hati setiap kali berurusan dgn cikgu. terima kasih byk2.

    Cikgu Faizal, terima kasih juga saya tujukan pada cikgu yang tak jemu2 melayan kerenah saya yang gila2 time memandu, takut lori, takut brek, dan takut gear.. haha! saya da xnk takut2 dah, nanti kete lak takut kat saya!! lagu “tanya sama pokok” tu yg da wat saya gelak sakan akan saya simpan wat kenangan.. haha.. =D cikgu jgn drift2 sgt cikgu, kan da xcident.. apepun, saya doakan kereta tu cepat sembuh.. hehe..

    Kak Ayu, walaupun ja x kenal sape akak, but, thanks for promoting my blog in ur website.. ja appreciate sgt2.. ^^

    thank u for everything Azhan LP Enterprise. assalammualaikum. ^^

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment