Prosedur Lesen Memandu

Posted by Azhan | Lesen Memandu | Wednesday 24 December 2008 5:56 am

  carta-pembelajaran                                                                                                                                            

 

Langkah-langkah yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:

 

1)    Mendaftar dengan Azhan LP Enterprise yang merupakan rakan kongsi Institut Memandu SKEM dengan:

a)      Datang ke pejabat kami untuk proses pendaftaran dan pembayaran deposit, atau

b)     Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama. Anda hanya perlu call/sms nama, no phone, dan tetapkan tarikh untuk masuk kursus. Kami akan segera menghubungi anda untuk proses tersebut,

c)      Call untuk buat appointment di talian 03-61886577 atau 012-3753577 Azhan

 

2)     Kursus Penilaian Pemandu atau kursus KPP (5 Jam)

Kursus ini akan diadakan pada setiap setiap hari kecuali hari jumaat, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Jangan lupa pakai kasut atau sandle bertutup dan berpakaian sopan serta tidak boleh hadir lewat dari masa yang telah ditetapkan.

 

3)      Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

Setelah menduduki Kursus KPP, anda perlu membuat ujian teori berkomputer. Anda perlu buat booking dengan menghubungi kami setelah anda bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Booking perlu dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum ujian undang-undang dibuat.

 

Markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50. Anda boleh membuat latihan 500 soalan daripada buku latihan ujian undang-undang jalanraya yang boleh didapati secara percuma jika mendaftar dengan kami. Majoriti soalan akan keluar dari soalan tersebut. Sila ambil perhatian tentang contoh-contoh soalan yang akan keluar semasa menghadiri kursus KPP.

 

Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna. Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10.

 

4)      Kursus PRA-L (6 jam)

Jika anda mengambil kedua-dua kelas iaitu lesen memandu kereta dan lesen memandu motosikal, anda dikehendaki hadir kedua-dua kursus tersebut pada hari yang berlainan.

 

5)      Anda akan perolehi lesen L

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh 3 hari berkerja ke seminggu.

 

6)      Belajar Memandu (10 jam)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.

 

7)     Ujian Praktikal

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu: 

Sesi 1             : 8.30 pagi

Sesi 2             : 11.00 pagi

Sesi 3             : 2.00 petang

Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.

 

Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)      Ujian bahagian 2:

i)        Bukit

ii)      Parking & 3 penjuru 

b)      Ujian bahagian 3:

Jalanraya

 

8)  Lesen Memandu percubaan ‘P’

Tambahan RM60 + RM10 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. Semoga anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.             

16 Comments »

  1. Comment by Cikgu Azhan — January 25, 2009 @ 4:07 pm

    Untuk pengetahuan semua pengunjung blogini, latihan amali pemanduan adalah sebanyak 10 jam bukannya 8 jam

  2. Comment by ad — January 30, 2009 @ 10:55 pm

    kalau ambil kereta dan motor sekali. bengkel pemanduan asas kene 6 jam juga ke 12 jam.ape kandungan bengkel tu.

  3. Comment by cikguazhan — January 31, 2009 @ 12:08 am

    bengkel 6 jam utk moto & kereta adalah berlainan kelas. Calon mesti menghadiri kedua-dua kelas tersebut.Utk bengkel 6 jam kelas D dibuat pd hari sabtu hingga selasa.(4 hari semingggu) Bengkel 6 jam kelas B dibuat pd hari sabtu hingga selasa dan khamis(5 hari seminggu)

  4. Comment by eyda — July 19, 2009 @ 7:50 pm

    salam cikgu..sya nk mula bljar keta sbtu ni la,bolh ke?

  5. Comment by aliff — August 13, 2009 @ 11:28 pm

    Sy akn m’duduki ujian kelas D pd 19ogos nie.Brpe markah yg perlu kte lulus??

  6. Comment by noel — December 12, 2009 @ 2:42 am

    utk selesai lesen L,kira2 berapa lama??

  7. Comment by fariz — December 13, 2009 @ 2:41 pm

    salam, cikgu..nama saya fariz dan saya ada 3 pertanyaan :
    1) saya tinggal di au5, keramat..ada pengangkutan percuma x dari sini..??kalau ada, hantar sampai rumah ke..??
    2) saya berumur 17 thn (lepasan SPM) dan berminat nak ambil lesen kereta dan motor..cadangan cikgu pakej apa yang sesuai dengan saya dan bayarannya (promosi lepasan SPM)..??
    3) berapa lama saya perlukan untuk tamatkan pembelajaran saya untuk dapatkan lesen kereta (jika saya tiada pengalaman)..??

    cikgu boleh email jawapannya..terima kasih cikgu..

  8. Comment by shafiq — December 16, 2009 @ 2:13 am

    askum…sy nak tnye…sy ni buta warna..so boleh ke sy nak mgambil lesen…bgaimana cara yer???

  9. Comment by nasreen — January 8, 2010 @ 4:40 pm

    assalamualaikum cikgu,
    boleh tak saya nk tanya lebih lanjut tentang bayaran bagi mengambil lesen motor dan kereta. saya juga ingin bertanya tentang pembayaran lesen motor sahaja.

  10. Comment by Azhan — January 9, 2010 @ 4:28 pm

    Salam nasreen,

    Pakej pelajar adalah RM690 untuk kereta sahaja, dan RM890 adalah untuk Kereta dan motosikal. Jika Motosikal sahaja RM400

    Pakej utk pekerja adalah RM750 utk kereta shj, dan RM950 utk kereta & motosikal. Jika motosikal sahaja RM400

    Cara pembayaran boleh dibuat secara ansuran seperti berikut:

    1. Pendaftaran RM250
    2. semasa kursus bengkel RM150
    3. Baki hendaklah diselesaikan sebelum test JPJ (boleh buat 2 kali bayaran ansuran sebelum test JPJ)

    Terima kasih diatas pertanyaan.

  11. Comment by siti hawa — February 21, 2010 @ 9:55 am

    assalamualaikum..saya br semalam blaja kelas memandu setelah 2bulan mendapat lesen L.saya ingin menukar cikgu dari lelaki kepada perempuan.bagaimanakah caranya?harap dapat bls secepat mungkin..terima kaseh..

  12. Comment by aina — February 22, 2010 @ 2:40 pm

    emm,cikgu..saya dah tamat latihan 8 jam..then,apa saya kene buat??

  13. Comment by nor shuhada binti halim — May 18, 2010 @ 3:41 pm

    wsalm sye nk tnye ble blh ambil lsen mto

  14. Comment by yaya — June 3, 2010 @ 11:47 am

    cikgu…untuk latihn amali 2 mesti kne matangkn dlm tempoh sebulan ke bru boleh test jpj??..klu xsampai sebulan mmg xboleh test jpj ye??..mmg prosedur mcm 2 ke???

  15. Comment by Cikgu azhan — June 8, 2010 @ 4:08 pm

    salam yaya, ya itu prosedur JPJ. lesen L yang awak dah dapat nanti kena genap sebulan baru boleh test JPJ..

    maknanya. dlm tempoh tersebut Yaya boleh buat latihan amali..

  16. Comment by yaya — June 14, 2010 @ 10:22 am

    wslm..ok..sy ingt prosedur kt tmpt sy blja memndu je..hehe.t.kasih ye cikgu..

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment