Koleksi Gambar Litar

Posted by Azhan | Lesen Memandu | Wednesday 25 March 2009 11:06 am

LITAR BELAJAR MEMANDU KERETA

collage-litar-kereta

Di atas adalah litar yang akan digunakan oleh anda semasa melalui proses pembelajaran dengan kami. Anda perlu mahirkan diri dengan teknik-teknik yang diajar oleh pengajar. Ini adalah penting untuk anda kuasai kemahiran belajar memandu kereta yang sudah pastinya akan anda gunakan semasa memandu kelak dan semasa ujian JPJ.

Semasa ujian JPJ nanti, anda akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:

  1. Ujian praktikal bahagian 2: Bukit, Parking & 3 Penjuru
  2. Ujian praktikal bahagian 3: Jalanraya

 

LITAR BELAJAR MEMANDU MOTOSIKAL

 collage-litar-motor

Gambar di atas pula adalah litar belajar memandu motosikal yang akan anda gunakan. Semasa proses pembelajaran, anda perlu juga mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar.

Semasa ujian nanti, anda akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:

   1.  Ujian praktikal bahagian 2:

  • Pusingan angka 8
  • Meniti di atas papan
  • Menunggang di antara kon
  • Brek kecemasan
  • Menunggang di selekoh tajam

   2. Ujian praktikal bahagian 3:

  • Menunggang di jalan raya

21 Comments »

  1. Comment by wan — May 10, 2009 @ 6:31 pm

    sy bru form4..
    boleh ke wat lesen moto???
    brape byrn semuanya…
    wanzzz93@yahoo.com
    contact sy kat mail nie….

  2. Comment by Azhan — May 11, 2009 @ 1:55 pm

    Wan, saya dah balas pertanyaan di email anda. Terima kasih kerana berminat untuk mendaftar.

  3. Comment by razi saleh — June 27, 2009 @ 4:45 pm

    cikgu saya tengah plan nak ambil lesen b2. lesen keta dah ada. Berapa bayaran semua termasuk belajar dan jugak exam dia?
    thanks

  4. Comment by Cikgu Azhan — June 30, 2009 @ 8:50 am

    Razi, untuk lesen B2 tambah kelas. Harga hanya RM300 sahaja. Hubungi kami untuk mendaftar.

    p/s: Saya ada juga balas melalui email. Terima Kasih

  5. Comment by biana — July 1, 2009 @ 2:53 pm

    klu kita dduk kt klang mcmne nk dftr nama ye?

  6. Comment by Cikgu Azhan — July 2, 2009 @ 10:06 am

    Biana, kami hanya sediakan pengangkutan percuma ke kawasan sekitar Gombak dan yang berdekatan dengannya. jika awak boleh datang ke LRT atau komuter, kami tak ada masalah untuk bagi pakej tersebut. Terima kasih

  7. Comment by hied — July 17, 2009 @ 1:02 pm

    cikgu, semua yang daftar untuk kelas ni akan dapat harga student jugak ke? boleh bayar ansuran ye?

    reply di email saya. TQ

  8. Comment by Irfan — October 3, 2009 @ 10:40 pm

    sya bru form 4..bleh kah sya ambil lesen class B full?

  9. Comment by Irfan — October 3, 2009 @ 10:44 pm

    cikgu, sya bru f4..sya ingin ambil lesen B full, bleh ka?
    Reply di e-mail, TQ

  10. Comment by Cikgu Azhan — October 5, 2009 @ 4:42 pm

    Salam. Irfan dah boleh buat B Full start umur 16 tahun. Call sayalah kalau ada apa2

  11. Comment by asma — October 6, 2009 @ 5:03 pm

    salam. saya berminat utk ambil lesen motor & kereta.
    harga ikut harga student x? berapa ye? saya tinggal di PPR batu muda, dapat pengangkutan free x?

  12. Comment by Cikgu azhan — October 8, 2009 @ 5:16 pm

    Asma, saya dah reply di email ok. terima kasih kerana berminat mendaftar dengan kami

  13. Comment by Azie — November 24, 2009 @ 12:46 am

    Salam, saya nak tanye. Had umur untuk ambil lesen motosikal sekarang berape ek? Kalau umur 16 lepas tarikh lahir dah boleh amik ke? Umur saye skrg 16 tahun dan hari jadi saye pun dah lepas agaknya kalau saye nak ambil lesen motor buat masa ni boleh ke tak ek? Sebab saye dgar2 orang kate lepas umur 17 tahun baru boleh buat.

  14. Comment by Azhan — November 25, 2009 @ 5:57 pm

    Salam Azie, saya dah jawap soalan anda diemail, terima kasih

  15. Comment by jehan — December 3, 2009 @ 5:19 am

    cikgu,nak tanya:
    1)sy tak berjaya dapat ujian baru ni.tapi sy dari sekolah memandu lain.boleh tak untuk ulang,sy amik kat sekolah memandu cikgu,sbb dkt sket dr rumah sy.berapa harga yg pelu dibayar?tq.

  16. Comment by nisa — December 11, 2009 @ 9:47 am

    salam cikgu…
    saya nak tanya..sekarang saya dah ada lesen L untukk motor…tapi saya x tahu menunggag motosikal..saya ambil lesen ni dekat ngan rumah saya…so macam mana saya nak buat P sedangkan saya x tahu cara untuk menunggang motor..

  17. Comment by Azhan — January 8, 2010 @ 2:57 pm

    Saya dah jawab semua pertanyaan melalui email. Terima kasih

  18. Comment by anas — April 7, 2010 @ 7:53 pm

    cikgu , saya nak tanya kalau saya gagal ujian praktikal jpj bahagian 2 sahaja adakah saya perlu membuat ulangan bahagian 2 sahaja atau perlu buat 2 dan 3 sekali ? i hope you will reply . please :)

  19. Comment by sharul ., — May 6, 2010 @ 11:57 pm

    kalo saye da ade lesen b2 L..pas tu nk upragde b full bpe kna ye ..tq

  20. Comment by Cikgu azhan — May 8, 2010 @ 10:37 am

    Salam Sharul, nak tambah kelas B Full RM550 jika sebelum ni dah ada lesen motosikal.. harga adalah termasuk L B full dan test JPJ

  21. Comment by Kerol — July 25, 2010 @ 11:52 pm

    Salam.. Saya berminat utk ambil lesen motor & kereta.
    Saya tinggal di Puchong tapi saya boleh datang terus ke LRT Terminal Putra Gombak, harga ikut pakej student x? Reply ke email saya.. tq.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment