Jadual Belajar

Posted by Azhan | Lesen Memandu | Thursday 11 September 2008 3:03 am
  • KURSUS KPP (5 JAM):

Setiap hari kecuali Jumaat : 10.00 pagi - 4.00 petang

  • UJIAN UNDANG-UNDANG (1 JAM):

Setiap hari: 8.30 pagi - 3.00 petang

  • BENGKEL ASAS PEMANDUAN D (6 JAM):

Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa : 10.00 pagi - 4.00 petang

  • BENGKEL ASAS PEMANDUAN B (6 JAM):

Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Khamis : 10.00 pagi - 4.30 petang

  • AMALI PEMANDUAN:

Setiap hari: 8.00 pagi - 7.00 malam

  • UJIAN JPJ:

Setiap hari Rabu.

33 Comments »

  1. Comment by el — April 12, 2009 @ 8:06 pm

    bagus sangat la time belaja die,lama….. tmpat sy amik belaja just 1 jam untuk blaja motor… camaner nk mahir ye kalu sehari juz 1 jam je…runsing runsing…

  2. Comment by eyda — June 29, 2009 @ 8:22 pm

    salam ckgu..klu lesen P,brp lma blh siap?

  3. Comment by Cikgu Azhan — June 30, 2009 @ 8:52 am

    Eyda, tempoh untuk siap sampai lesen P adalah dalam masa 2 bulan jika anda tidak mempunyai apa-apa lesen sebelum ini.

  4. Comment by eyda — June 30, 2009 @ 9:26 pm

    salam,ow bgitu.Jd brpa lma pl lesen nk siap start dr trikh kt llus test JPJ?

  5. Comment by Cikgu Azhan — July 2, 2009 @ 10:04 am

    Eyda, saya dah balas kat email awak k

  6. Comment by Chamil — July 3, 2009 @ 11:24 am

    Salam..
    saya nak tanya.
    apa yang perlu saya lalui lepas dapat lesen L nanti?
    dan yang mana satu jadual saya?

  7. Comment by Cikgu Azhan — July 3, 2009 @ 3:18 pm

    Chamil, saya dah balas kat email awak ye

  8. Comment by hied — July 17, 2009 @ 2:07 pm

    Cikgu, jadual belajar ni, kalau saya nak belajar kereta, kita pilih hari sendiri atau cikgu yang fix kan? boleh tak kalau saya nak amek kelas sabtu ahad sahaja?

  9. Comment by Azhan — July 29, 2009 @ 2:11 pm

    Hied, kalau nk belajar kereta nanti, jadual belajar adalah ikut kesesuaian masa antara cikgu & calon. Klu nk booking belajar, sila tetapkan hari dan masa sehari dua lebih awal. Sabtu ahad pun tak ada masalah klu nk belajar, cuma tengok keseuaian masa.

  10. Comment by nazmiehamzah — August 13, 2009 @ 11:32 am

    Salam cikgu,

    saya student dari politeknik pahang. saya sekarang sedang menjalani praktikal di wangsa melawti. saya telah memiliki lesen motor n dah kompeten pon. kini saya ingin mengambil lesen kereta pula. saya kini menetap di PPR batu muda. sy sekarang praktikal pd setiap ari isnin-jumaat 830-530 ptg dan sabtu 9-1pm. bolehkh cikgu bg cadangan sesuai utk jadual belajar dan jika sy mendaftar pd minggu ini iaitu pd 16.8.09 bilakh paling awal utk sy mendapatkn lesen sy.

    kerjasama dr pihak cikgu amatlah dihargai,

    sekian,terima kasih

    ~nazmiehamzah~

  11. Comment by Azhan — August 14, 2009 @ 11:16 am

    Terima kasih Nazmiehamzah. Selamat belajar memandu

  12. Comment by noor hazwani — September 28, 2009 @ 4:50 pm

    salam, saya ingin bertanya,berapakah yuran yang dikenakan jika ambil lesen motor dan kereta atau kereta sahaja. saya memang kosong bab pemanduan dan saya harap boleh diberi tunjuk ajar yang baik

    terima kasih atas maklum balas.
    noor

  13. Comment by Cikgu Azhan — September 29, 2009 @ 2:32 pm

    W’salam sdri Hazwani, utk harga lsn kereta & motor @ kereta shj biasanya sy ikut area di mana sdri tinggal.Eloklah sekiranya sdri Hazwani sms ke talian 0123753577,sy akan hubungi sdri dgn segera. Itu lebih jelas utk dinyatakan, terima kasih

  14. Comment by Dyanna — November 24, 2009 @ 4:22 pm

    Salam, sy nak tanya berapa lama masa untuk ambil lesen memandu kereta?masa paling singkat sy boleh dapatkan lesen.

  15. Comment by bella — December 15, 2009 @ 12:18 am

    salam sy seorang pelajar. sy ingin membuat lesen kereta. dan sebelum ini sy belum pernh belajar membawa kereta. sy tingal di sentul. mcm mane, klu sy hendak berdaftar di sekolah memandu cik. dimana terletak yer office cik.

  16. Comment by Azhan — January 8, 2010 @ 2:56 pm

    Salam, kami telah membalas pertanyaan saudara saudari di email. Terima kasih di atas pertanyaan

  17. Comment by azie — January 27, 2010 @ 6:22 pm

    salam… sir, brapa lama Lesen P siap lps sudah lulus test jpj (bhgian 2&3)?

  18. Comment by sya — February 18, 2010 @ 12:43 pm

    Blh email yuran untuk belajar lesen memandu kereta.
    Saya nak mula bulan depan March 2010.

    Terima kasih

  19. Comment by sha — February 28, 2010 @ 2:01 pm

    salam cikgu..
    sy nk tnye mcmna jadual pembyran utk blja memandu jika sy ign membayarnye secara ansuran..
    sebelum ini sy telah mengambil ujian undg2 pd thn 2006, tp selepas itu sy tidk teruskn blajr memandu krn mslh kesihtn. adakh sy prlu mngmbil ujian undg2 itu skali lg?
    hrp dpt bantu sy..tq

  20. Comment by Sue — February 28, 2010 @ 3:31 pm

    Assalammualaikum,

    Saya nak ambik lesen memandu untuk moto ngan kereta..berapa harga?sya tinggl dekat ulu yam…sungai tua..ada transport x?! more things adik sya dh ambik lesen L untuk moto…Die nk ambik lesen P..leh ke?Apa yang perlu ade untuk mendaftar dan harga yg perlu dibayar lagi…

    Thank You.
    Minta tunjuk ajar..
    Sue

  21. Comment by leen — March 2, 2010 @ 2:41 pm

    Salam… kalau kiter dah tahu memandu… cume nak ambik lesen sahaja, berapa ratus ek…untuk lesen kereta…

  22. Comment by Azhan — March 2, 2010 @ 4:19 pm

    Salam boleh call saya direct utk discuss . TQ

  23. Comment by Azhan — March 3, 2010 @ 5:03 pm

    Salam Sue, Maaf kerana kami lambat reply. Jika anda tinggal di sana, harganya adalah RM950 dah termasuk dengan pengangkutan.
    Dokumen yang perlu dibawa adalah 3 keping salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar.

    Untuk adik Sue tu, tidak menjadi masalah jika nak sambung kpd P, harganya adalah RM300.
    Dokumen yg perlu dibawa adalah 2 kpg salinan ic, 2 kpg salinan lesen LB2 dan sekeping gambar.

    Terima Kasih

  24. Comment by Azhan — March 3, 2010 @ 5:54 pm

    Salam,

    Maaf kerana kami lambat reply.

    Harga RM690 adalah utk pelajar. Walaubagaimanapun kami boleh memberikan harga tersebut jika anda berstatus pekerja, tetapi kami akan hanya mengambil anda di Stesen LRT Terminal Putra Gombak atau pun sekitarnya. Boleh saya dapatkan lokasi anda dimana berserta no telefon untuk kami hubungi.

    Anda boleh mendaftar di pejabat kami di Pinggiran Batu Caves atau mendaftar pada hari yang sama semasa anda masuk kursus KPP. Boleh juga refer di page prosedur lesen memandu.

    Call kami untuk feedback yang lebih cepat.

    Sekian terima kasih.

  25. Comment by wawa — April 28, 2010 @ 1:15 pm

    salam saya nak tnya..jika saya baru nak amik lesen then saya memerlukan dgan kadar yang segera…sbb saya amik mase cuti sem..jadi blh kah saya blaja dgan kadr yang segera untu lesen kereta dan moto

  26. Comment by Cikgu azhan — April 28, 2010 @ 2:15 pm

    Salam,

    Terima kasih kerana berminat mendaftar bersama kami.

    Untuk pengetahuan Wawa, proses untuk mendapatkan lesen kereta & motosikal yang paling cepat adalah sebulan setengah ke 2 bulan. Ini kerana lesen L kena genap sebulan baru boleh booking test JPJ.

    Jadi, apa yang saya boleh bantu adalah Wawa mendaftar sekarang untuk mendapatkan lesen tersebut dalam tempoh cuti semesta Wawa.

    Jika Wawa berminat, boleh membuat pra pendaftaran dengan saya dengan mengisikan butiran peribadi di borang pendaftaran lesen memandu online di laman web saya.

  27. Comment by ain — April 29, 2010 @ 7:57 pm

    Sy tinggal di kepong utara…cikgu azhan cover x area sana. Fee utk amik lesen keta bape. Amali pemanduan bape jam? Kursus berkomputer kt mana? Kalu cover area kepong..ada xtra charge perjalanan semasa amik student?

  28. Comment by Cikgu azhan — May 4, 2010 @ 5:29 pm

    ain, kalau kepong saya hanya ambil di taman ehsan dan sekitarnya.. dengan kos RM750 termasuk pengangkutan. amali pemanduan adalah 10 jam. call saya untuk confirmkan area anda.

    terima kasih

  29. Comment by shuhadah — May 5, 2010 @ 4:01 pm

    salam en azhan,
    Saya tinggal di jalan klang lama. Nak tambah kelas untuk B2. Boleh bagitahu saya beberapa perkara:
    1. Pengangkutan dari jalan klang lama?
    2. Harga untuk kelas B2(tambah kelas)?
    3. Kalau ambil L sahaja dulu, boleh tak?
    4. Bayaran pendaftaran untuk L, berapa RM?
    5. Dokumen diperlukan?

  30. Comment by Cikgu azhan — May 5, 2010 @ 4:30 pm

    Terima kasih kerana berminat mendaftar bersama kami.

    jawapan uUntuk persoalan shuhadah

    1. kami tidak menyediakan pengangkutan dr tmpt belajar ke jln klang lama. tetapi kami boleh mengambil anda di stesen lrt putra gombak. Jadi anda kena naik LRT sampai stesen tersebut.

    2. kosnya adalah RM300 sehingga test JPJ

    3. Kalau ambil L sahaja dulu, boleh tak?
    150

    4. Bayaran pendaftaran untuk L, berapa RM?
    150

    5. Dokumen diperlukan?
    salinan ic, lesen kereta & renew slip jika ada, gambar

  31. Comment by wawa — July 6, 2010 @ 12:49 pm

    salam
    sy nak tanya harga utk lesen tambahan D berape? perlu ke kursus kpp lagi?

  32. Comment by Azhan — July 12, 2010 @ 3:16 pm

    Salam Wawa, Untuk tambah kelas D adalah RM580, dah tak perlu lalui kursus KPP & Ujian undang2 berkomputer lagi.
    Kalau berminat, boleh buat pendaftaran di borang online saya k. TQ

  33. Comment by wawa — July 15, 2010 @ 9:04 am

    salam,
    emm harga RN580 tu termasuk tak ngan transport. wat masa nie sy xtau lg samada leh pegi lrt gombak atau sentul timur.Dokumen yg diperlukan semasa daftar ape?

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment