Teknik Belajar Mendaki Bukit

Posted by Azhan | Lesen Memandu | Tuesday 14 April 2009 6:20 pm

Teknik Belajar Mendaki Bukit

  1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
  2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
  3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

 

Tip untuk ujian mendaki bukit:

Calon akan lulus  jika: 

  1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
  2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

  1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
  2. Melebihi masa yang ditetapkan.
  3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
  4. Langgar garisan putih.
  5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

13 Comments »

  1. Comment by eyda — June 12, 2009 @ 7:06 pm

    wa,mcm menyeramkan je la..tp sy abrminat la,aslkn org yg ajr sya mesra n ling pnting xgrang..

  2. Comment by Azhan — June 22, 2009 @ 3:18 pm

    Salam Eyda, anda boleh hubungi kami jika berminat untuk mendaftar. Maaf kerana lambat balas kerana saya masuk wad.

  3. Comment by sarah — July 20, 2009 @ 2:55 pm

    susah la nak tarik hand-break keras gile..macam mana nie??

  4. Comment by miss virus — October 27, 2009 @ 11:24 am

    payah betul nak belajar kereta ney tapi i minat…
    dh banyak kali orang ajar i tak juga pandai2x macam mn ney

  5. Comment by Azhan — October 27, 2009 @ 6:27 pm

    Blaja kete nie dia ada teknik2 yg tertentu, disamping tu juga kena tgk kemampuan student tersebut.Student juga kena fokus dgn apa yg dipelajari dr instruktor.Insya Allah dgn teknik yg diberi dr instruktor akan lebih memudahkan utk anda memahami..

  6. Comment by mariana — December 18, 2009 @ 4:54 pm

    saya ney bkas stdent skem tapi ble time jem kat area bukit hahaha mesti br peluh nyer lah n bunyi keter pown dok mengaum n langsung x brani pegi kawasan area bukit yang sesak hehehhee macam mana la

  7. Comment by nor'aini bt hj baharom — December 29, 2009 @ 3:15 pm

    slmkm en azhan..bagi student yg berumur 50 tahun adakah diterima masuk belajar memandu di tempat encik..sila feedback, tq

  8. Comment by tasha — March 18, 2010 @ 2:11 pm

    assalamalaikum.saya masih dlm tmpoh belajar memandu ni.masalahnya, bila tiba belajar turn bukit, kereta yang di pandu saya asyik mati je.satu lagi bile nak lepaskan brek tangan tu susah sgt, ketat.pening saya di buatnya.

  9. Comment by aja — April 19, 2010 @ 12:41 pm

    salam..saya dah trauma nak blajar kete..sy ambik kat nilai..memag sakit hati sangat2..mula2 belajr dah kena marah,ckgu memg garag sgt2..first aku blajar dgn ckgu india pompuan,second dgn ckgu india laki,,kali ketiga dgn p.cik tua yang garang sgt2..arahan yang dia bagi aku x barapa nak paham,bila aku kena srgah sekali aku da jadi kalut..kita x tau apa2 pasl kete dia plk nak marah,,,aku da ada lesen L,tapi da tamat tempoh,nak rinew balik,,boleh tak kalau nak ambik lesin p kat temapat lain?ckgu kat tempat EN,AZHAN garang2 x..sy da takut sgt2 nak blejar kete sekarg..makin blajar makin xpandai rasa..pliz help me,,,,sy perlu ckgu yang baik..dapt ajar saya slow2..xnak y garag sgt..

  10. Comment by malah — April 24, 2010 @ 10:15 pm

    Salam

    Encik Azhar, saya sdg belajar memandu & dah masuk jam kredit ke 7… esok Insyallah saya akan mula belajar memandu di litar senebar dgn ditemani oleh tutor saya baik hati & pandai berjenaka… tapi x taulah klu di litar sebenar nti, dia mcm tu jgkah atau serius…

  11. Comment by Azhan — April 26, 2010 @ 12:13 pm

    Salam malah, register dengan saya ke? kalau dgn saya instruktor saya adalah en nazri & en faizal.. insyallah boleh berbincang dengan dia..

  12. Comment by ezrie — May 28, 2010 @ 10:32 pm

    saya baru amik test memandu jpj kelas D. saya lulus ujian jalan raya but unfortunately, saya gagal ujian naik bukit. yg menghairankan saya, saya tak pernah ada masalah bila jalani latihan mendaki bukit dgn insructor. sbb kwn saya cakap sesetengah kereta kancil mempunyai tekanan pedal minyak dan clutch yg berbeza. saya rasa selesa menggunakan kereta sewaktu menjalani latihan berbanding kereta semasa menjalani ujian. adakah faktor kereta yg menyebabkan saya gagal?saya nk tnya apakah tips yg bkesan utk ujian mendaki bukit dari segi kwaaln handbreak, clutch, minyak & brake? apakah yg perlu dilakukan terlebih dahulu apabila sampai tepat pada garisan kuning?

  13. Comment by mus — June 11, 2010 @ 3:00 am

    salam cikgu azhan..sye minat tp takut2…takut x lepas je..bpe lme ek nk amek lsen L n P kete..??kalo L kete saje bpe lme..??sory ckgu tye..

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment