Teknik Belajar Parking
Teknik Belajar Parking
- Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
- Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
- Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
- Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
- a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
- Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.
Belajar parking dengan Azhan LP Enterprise di Youtube
Tip Ujian Parking:
Calon akan lulus jika:
- Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
- Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.
Calon akan gagal jika:
- Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
- Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
- Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
- Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
- Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
- Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
- Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
- Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan
- Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.


hai…
saya harap kali ni comment saya dapat membantu serba sedikit.
Saya dah banyak kali belajar parking & bukit tetapi saya gagal apabila test ujian JPJ. Antaranya adalah:
1. langgar tiang.
2. kereta tak lepas masuk parkng.
3. time naik bukit ok tapi time nak turun kereta berundur belakang.
saya harap dapat membantu saya.
please!!
thanks ya..
hi sya anan ada tak tips sya skrang tenga bljar bawa keta tapi selalu je tak pndai2 da lama sya bljar msi tak pndai bla nk naik bukit tu selalu je rasa panik ada tak tips untuk saya plsss
Salam Cikgu Azhan.Hari ni belajar parking & naik bukit tapi kurang berjaya.Maklumlah dah tua.Terima kasih atas tip & teknik yg diberikan.
salam…1/4/2010 ni sy test jpj..sbg persiapan,sy byk dpt tips dr blog nih..terima ksh byk2 cikgu azhan.doakan sy
MINTA MAAF Encik Azhan, kalau emel saya agak keras sikit…. saya bknlah nak cuba lwn sipu tp Teknik Belajar Parking yg tuan nyatakan dlm laman web tuan agak mengelirukan…. contoh jelas di tempat saya belajar memandu ada 2 garisan yg perlu kena lalui …. iaitu ketika kereta berundur sbl maju ke depan & pastikan keadaan tayar & badan kereta dlm keadaan lurus … kalau puas hati baru angkat tgn & sbginya…. kenapa dlm emel tuan cuma sebut 1 garisan je… atau saya yg x faham2 agaknya… cuba jelaskan yea, tq