Teknik Belajar Motosikal

Posted by Azhan | Lesen Memandu | Thursday 16 April 2009 10:37 am

Teknik Ujian Pusingan 8:

  1. Tidak melanggar benteng
  2. Membuat satu setengah pusingan
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

 

Teknik Meniti Di Atas Papan:

  1. Roda tidak keluar dari papan
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal
  4. Tidak kurang dari 7 saat.

 

 Teknik Menunggang Di Antara Kon:

  1. Tidak Melanggar kon
  2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

 

Teknik Brek Kecemasan:

  1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
  2. Membrek di dalam kotak
  3. Tidak melebihi garisan berhenti
  4. Menggunakan brek kaki dan tangan

 

Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

  1. Tidak melanggar benteng
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
  4. Berhenti di garisan berhenti

 

Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

  1. Menggunakan topi keledar dengan betul
  2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
  3. Nyalakan lampu hadapan
  4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
  5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
  6. Memberi isyarat dengan betul
  7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
  8. Penggunaan gear yang sesuai
  9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
  10. Memandu disebelah kiri
  11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
  12. Kaki tidak mencecah jalan
  13. Tidak melanggar benteng
  14. Tidak jatuh dari motosikal
  15. Tidak terlibat dalam kemalangan

 

 

1 Comment »

  1. Comment by adibah — June 30, 2010 @ 5:15 pm

    salam….saya seorang pelajar institut perguruan yang langsung tidak tahu membawa motosikal tetapi berhasrat mengambil lesen motosikal…adakah saya akan diberi tunjuk ajar terlebih dahulu oleh tenaga pengajar?

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment