Peraturan Ujian Memandu

Posted by Azhan | Lesen Memandu | Thursday 11 September 2008 3:11 am

Pakai tali pinggang kaledar

  1. Betulkan tempat duduk
  2. Betulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang
  3. Pakai tali pinggang keledar(untuk kelas D sahaja)
  4. Pastikan gear berada di dalam keadaan bebas sebelum enjin dihidupkan
  5. Hidupkan enjin, periksa lampu isyarat “signal”, lampu “double signal”, air, wiper dan hon
  6. Gunakan brek dan brek tangan apabila diperlukan
  7. Mematuhi peraturan di lampu isyarat
  8. Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan
  9. Mematuhi peraturan garisan dua selari
  10. Memandu di lorong yang betul
  11. Memandu kenderaan di jarak yang selamat
  12. Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok
  13. Mematuhi had laju
  14. Memberi keutamaan kepada pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal
  15. Memandu diselekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul
  16. Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan dan lalulintas

  

16 Comments »

  1. Comment by Niza — November 27, 2008 @ 11:35 am

    Assalamualaikum

    tahniah buat en. azhan kerana telah mewujudkan laman web sendiri. saya sokong di atas usaha ini kerana memudahkan para pelajar yang ingin mengikuti program belajar memandu. syukur amdulillah, dengan tunjuk ajar serta sokongan dari encik azhan, saya telahpun berjaya mendapat lesen dan memandu kereta dengan lebih yakin di atas jalan raya.kini, saya telah berjaya memiliki kereta sendiri setelah tamat ujian memandu. Insyallah, saya akan mempelawa kawan2 saya untuk mengambil lesen di sini, kerana saya yakin dengan sistem pembelajaran yang efektif dan berkesan ini. terima kasih

  2. Comment by Azhan — December 25, 2008 @ 2:20 pm

    Terima kasih Niza atas komen yang anda. Ajaklah adik-adik di luar sana ambik lesen di sini sbb skrg ni tgh ada promosi utk lepasan SPM

  3. Comment by sukri — February 19, 2009 @ 12:28 pm

    assalamualaikum..

    Saya nak tanya jumlah keseluruhan yg perlu saya bayar klu saya nak ambik lesen L dan P untuk kereta & motor sebab saye tak pernah ambik lesen. cara pembayaran plak cam ner sama ada bayar ansuran atau cam ne? Boleh tolong jelas kan dgn saye tak?

    thank you.

  4. Comment by Azhan — February 28, 2009 @ 7:34 am

    Salam Sukri, saya dah email pertanyaan awak memalui email. tq

  5. Comment by as — April 7, 2009 @ 9:26 am

    cmn dengan 3 penjuru

  6. Comment by Azhan — April 16, 2009 @ 9:14 am

    3 Penjuru akan di update sedikit masa lagi.

  7. Comment by Farrah — June 17, 2009 @ 8:55 am

    Assalamualaikum,

    En.Azhan,

    Saya dan seorg lagi rakan saya ingin mengambil lesen D (Kereta), tapi kami berdua bukan pelajar dan telah bekerja.Sebelum ini saya tidak pernah mengambil lesen dan tidak pernah belajar memandu. Saya nak tanya kalau bukan pelajar berapa jumlah keseluruhan yg perlu dibayar dan adakah rate utk deposit sama spt rate utk pelajar atau berbeza. Kami ingin bayar secara ansuran dan saya dan rakan bercadang utk mendaftar di kelas En Azhan pd hujung bulan Jun ini.

    Diharap En. Azhan dpt memberikan nasihat/penjelasan melalui emel saya.

    Terima Kasih
    Farrah

  8. Comment by hanisah — June 23, 2009 @ 7:12 pm

    en.azhan,sy nk tye..
    kalu xlulus ngn jpj..
    n nak repeat,,brape chrge jpj tu ek??

  9. Comment by Cikgu Azhan — June 24, 2009 @ 8:36 am

    Hanisah, kalau tak lulus ujian JPJ, repeat bayar RM100.

  10. Comment by Cikgu Azhan — June 24, 2009 @ 8:36 am

    Farah, kami dah balas melalui email k.

  11. Comment by Nysha — August 19, 2009 @ 12:11 pm

    Saya ingin mengambil lesen D (Kereta) dan telah bekerja. Ini merupakan pertama kali saya ingin mengambil lesen memandu. Saya nak tanya kalau bukan pelajar berapa jumlah keseluruhan yg perlu dibayar dan berapa deposit yg perlu dibayar? Saya ingin bayar secara ansuran dan kalau boleh ingin mendaftar dengan kelas en azhan selepas hari raya ini. Diharap En. Azhan dpt memberikan penjelasan.

    Sekian, terima kasih
    Nysha

  12. Comment by Cikguazhan — August 19, 2009 @ 1:51 pm

    Utk pakej org yg telah bekerja mcm sdri Nasha, sy akan tgk di mana area awk tinggal dan kat mana harus sy jemput. Sy rasa eloklah sdri Nasha sms @ call sy terus.Sy akan jelaskan melalui talian,sbb ini lebih mudah rasa sy utk bgtau psl harga.Sy akan jelaskan pd Nasha secara lebih detail la nanti,trima kasih.

  13. Comment by sahrina — December 3, 2009 @ 2:19 pm

    Assalamualaikum, En.Azhan, Saya seorang pembantu rumah,yg sudah lama ikut majikan.Sekarang majikan saya mengambil pembantu rumah lagi seorang,dengan alasan nak bukak perniagaan dengan saya disini.Dan saya nak tanya,sekiranya kalau boleh saya nak belajar memandu [mengambil lesen] disini.Saya mengharap En. Azhan tidak keberatan membalas Emel saya. Terimakasih, Sahrina

  14. Comment by Azhan — December 3, 2009 @ 4:16 pm

    Salam, saya dah balas pertanyaan anda di email . terima kasih

  15. Comment by nurfisza mustapha — May 12, 2010 @ 11:40 pm

    Assalamualaikum cikgu. Saya baru sj test JPJ (lesen P: Litar - lulus, on d road - failed). Yang menjadi masalah saya, agak sukar mengendalikan viva manual memandangkan selama latihan sy menggunakan kancil. Pengendalian kancil Alhamdulillah amat lancar malah belum pernah mati tiba2 semasa pemanduan dlm litar even atas jalan raya, malahan latihan menghadapi jam teruk sekalipun. Tapi sy cukup kecewa kerana bila cuba drive viva semasa ujian, saya seperti baru pertama kali nak belajar. If cikgu menyediakan latihan viva manual, sy ingin mengikuti latihan cikgu. terima kasih.

  16. Comment by Mizah — June 27, 2010 @ 8:24 pm

    Selepas selesai membuat 3 penjuru semasa bila kita perlu mengangkat tangan.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment