Pelajar luar kawasan

Posted by Azhan | Perkhidmatan kami | Monday 16 February 2009 3:26 pm

Peta Stesen LRT Putra, Stesen LRT Star dan Stesen Komuter

Calon di luar kawasan yang kami senaraikan sebelum ini masih boleh mendaftar dengan kami. Tetapi kami hanya akan sediakan pengangkutan di stesen komuter atau LRT yang kami senaraikan dibawah:

  1. Stesen LRT Terminal Putra Gombak
  2. Stesen LRT Star Sentul Timur
  3. Stesen Komuter Sentul

Sila rujuk peta LRT di atas untuk kemudahan LRT di tempat anda ke kawasan kami. Kepada calon di dalam kawasan pengangkutan kami, kami berikan percuma pengangkutan pergi dan balik ke tempat anda sehingga ujian JPJ.

Selamat datang ke www.belajarmemandu.net

Posted by Azhan | Latar Belakang Syarikat | Friday 15 August 2008 12:23 pm

Assalamualiakum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

gambarcikgum_7da1ab51

   www.belajarmemandu.net adalah milik penuh Azhan LP Enterprise (001836155-U) yang mana pemiliknya adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang instruktor pemanduan selama lebih kurang sepuluh tahun. En Azhan Omar telah mengikuti kursus SPIM yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu kursus yang wajib dihadiri bagi setiap instruktor pemanduan di seluruh Malaysia.

   Azhan LP Enterprise merupakan rakan kongsi Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn. Bhd. yang mana Institut Memandu ini adalah antara yang terawal dibuka di Malaysia dan semua litar memandunya adalah mengikut spesifikasi JPJ. Ini bermakna kami akan menghantar semua pelajar kami di Institut Memandu tersebut yang terletak di Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah praktikal kepada anda kerana semua kursus, bengkel, amali pemanduan dan ujian JPJ akan diadakan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Memandu tersebut.

  Azhan LP Enterprise menawarkan perkhidmatan pemanduan pelbagai jenis kenderaan yang menjanjikan keselesaan kepada para pelajarnya dengan hanya seorang instruktor untuk seorang pelajar dan tenaga pengajar kami adalah yang bertauliah dan berkhemah tinggi insyaallah.