Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

PROSEDUR yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:

1) Mendaftar dengan Azhan LP yang merupakan rakan niaga Institut Memandu Skem dengan: 

  • Datang ke pejabat kami di Pinggiran Batu Caves, atau
  • Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama. Anda hanya perlu call dan sms nama, no phone berserta tarikh untuk kursus KPP01.

2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus (KPP01) (6 Jam)

  • Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen Motosikal) dan genap 17 tahun  (lesen kereta)
  • Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
  • Pakaian Perempuan: Bertudung dan memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut.
  • Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal dan salinan.
  • Jadual: Kursus KPP Kereta ada pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad sahaja.  

3)Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

  • Tempat: MYEG Danau Kota
  • Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Dokumen: Kad pengenalan, nombor siri buku dan RM10 (gambar)

Anda perlu menghubungi kami sehari sebelum tarikh untuk ujian. Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.  

Jika anda mengambil dua kelas lesen B2D, jumlah soalan adalah 70 dan perlu lulus 59/70. Pastikan anda membaca buku terutamanya bab sistem Kejara untuk mengelakkan anda gagal.

4)Anda akan perolehi lesen LDL

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh seminggu.

5)Latihan Demo (KPP02) 
  • Kelas D 5 1/2 jam 
  • Kelas B2 9 1/2 jam

Sila bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.

6)Belajar Memandu (KPP03)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.

Kelas D – 10 Jam 

Kelas B2/B Full – 4 Jam

Pastikan anda membawa ic dan lesen L serta berkasut

7)Ujian Penilaian (QTI)

Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.

8)Ujian Praktikal

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu:

Sesi 1: 8.30 pagi

Sesi 2: 11.00 pagi

Sesi 3: 2.00 petang

Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.

Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)Ujian bahagian 2:

i) Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit

ii)Parking & 3 penjuru

b)Ujian bahagian 3:

Jalanraya

8) Lesen Memandu percubaan ‘P’

Tambahan RM60 + RM20 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. 

246 Responses to Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

  1. Salam,

    Kos untuk tambah kelas B2 jika dah ada lesen kereta adalah RM300 sahaja.
    Jika sekarang lesen awak dah CDL, nanti dah tak perlu tampal P lagi sebab akan follow lesen kereta..

  2. Kalau sekarang dah lesen CDL, nanti tambah lesen B2 dah tak perlu tampal P kerana akan follow lesen kereta.

  3. Tak ada masalah jika nak sambung buat lesen P di mana-mana negeri. Mungkin IM akan perlukan surat perlepasan dari IM asal.

  4. walaikumussalam… untuk tambah kelas lesen E(lori), encik perlu datang Ke pejabat untuk pendaftaran. Kos keseluruhan adalah rm750. Boleh buat ansuran dengan bayaran permulaan rm250.
    Encik tak perlu lagi masuk kursus kpp dan ujian komputer. .
    Hubungi kami di talian 0123753577 azhan omar utk keterangan lanjut.

  5. Boleh Azura. Inform dengan cikgu kereta awak untuk tambah kelas b2.

  6. Ajak sila call saya utk lebih detail nk semak no ic

  7. Jika leeen motir rm400 shj. Ya boleh tapi kena dtg awal sblm kursus bermula. Hubungi saya 0123753577 azhan

  8. Salam admin, saya sudah ada Lesen Kereta full, dan sekarang saya nak tambah lesen motor pulak. Apakah prosedurnya? Dan saya pernah ade lesen L motor tiga tahun lepas dan dah tamat tempoh lama dah, lesen tu saya dah hilang pun. Jadi macam mana eh?

  9. Salam, lesen kereta sahaja RM690 atau RM750 mengikut lokasi.

  10. Lesen kereta dari pendaftaran hingga test JPJ adalah RM690 atau RM750 mengikut lokasi.

  11. Salam Hafif, untuk tambah kelas lesen B2 sampai test JPJ adalah RM300 sahaja dan jika sampai L RM200 sahaja

  12. Salam, saya dah ade lesen b2 sejak tahun 2011, jika saya nk tmbh kelas D, saya perlu ambil lesen L balik ke?

  13. Salam Shahrul, kalau lesen L awak (masa buat tahun 2011) dah ada kelas D sekali tak perlu buat L lagi, boleh guna utk tambah kelas D dengan harga RM450 sahaja.

    Jika tak ada, kena buat L dengan kos RM580 sampai test JPJ.

  14. Salam, harga seperti yang tertera di website iaitu RM690 atau RM750

  15. Salam,

    Shasha boleh renew di Jpj dengan harga RM30 untuk tempoh 3 bulan. dan boleh mula belajar semula. Terima kasih

  16. Harap Fakhri dapat call saya. TQ

  17. salam, saya nk tanya, saya dah lulus test jpj tp tk sempat nk buat lesen p, so, ada tmpoh masa ke lepas test jpj untk utk buat lesen p? kalau ada , sy perlu ambil test jpj balik ke kalau dah lepas dari tempoh tu?

  18. Sy nk tnye, kalau sy dh ade lesen L moto,then nk bt lesen kete,perluke sy amik L lg skali?atau trus msuk kelas untuk kete je

  19. Lesen P Kalau expired boleh x renew?
    tapi saman Pdrm 10 dan AES 1

    macam mana cara kita kena settlekan dulu ke atau pon ada cara

    check myeg belum black list lagi .

  20. Salam, Jika dah ada lesen motosikal dan nak tambah kereta, awak tak perlu lagi masuk kursus KPP dan ujian komputer, tapi kena juga buat lesen L untuk kereta.

    Kos untuk buat lesen L, belajar 10 jam dan test JPJ adalah RM580 sahaja.

    Awak boleh buat bayaran secara ansuran dengan bayaran permulaan adalah RM200 dan bakinya semasa test JPJ.

    Jika berminat boleh buat pendaftaran di borang pendaftaran online kami dengan klik link tersebut

    http://belajarmemandu.net/?p=1085

  21. salam,

    saya da ad lesen kete, nk amik lesen moto, perlu hadir kursus kpp and ujian komputer x?

    tq

  22. assalamu alaikum saya nak cari seorang wanita untuk ajar saya memandu sampai dapat lesin boleh call saya di nombor ini
    saya dari k.l taman melati setapak
    0132737078.TQ

  23. Salam. .Admin,saya sudah ada lesen kereta. .Lesen motor saya pulak sudah 1 tahun x renew.Perlu ke saya mengambil ujian komputer dan dgr kursus KPP semula????tolong ye..

  24. Salam Syima Aida,

    Awak tak perlu masuk kursus KPP dan ujian komputer lagi.
    Jika berminat untuk mendaftar, bolehlah call saya atau datang ke pejabat.

    Terima kasih.

  25. Lea Ya, awak perlu dapatkan surat untuk jumpa doktor berkenaan buta warna di JPJ dan terus ke Hospital untuk berjumpa doktor. Doktor akan check mata awak dan akan sahkan yang awak tiada masalah dan doktor akan turunkan tandatangan. Surat itu akan diserahkan semula ke sekolah memandu yang berkenaan atau serahkan sendiri di JPJ.

  26. Hi Voonyuwei, awak perlu dapatkan surat di JPJ untuk jumpa doktor berkenaan buta warna tersebut. Pergi terus ke Hospital untuk berjumpa doktor dan doktor akan buat ujian buta warna. Jangan risau jika awak tidak mempunyai masalah buta warna. Mungkin semasa ujian komputer tersebut, anda nervous atau gementar menduduki ujian.

    Surat itu nanti akan diserahkan semula ke sekolah memandu yang berkenaan atau serahkan sendiri di JPJ.

    Harap Maklum

  27. Salam Siti Khadijah, ya awak boleh sambung dengan mengikuti kursus KPP dan step2 seterusnya. Boleh hubungi kami untuk mendaftar. TQ

  28. kalau saya dah ada lesen kereta..saya nak ambil lesen motor kena bayar bape ek?ada ujian komputer lg tak?

  29. kalau dah ada lesen kereta tak perlu kpp dan ujian komputer lagi. Boleh call saya untuk pendaftaran. TQ

  30. kalau kita struggle dlm ujian lesen memandu..boleh ke dpt lesen dlm mase sebulan?

  31. Hello.. nk tnya.bila start siatem baru bg 2015.sy nak tau tarikh je

  32. As’salam admin…saya sudah mempunyai lesen kereta tp saya mahu ambil lesen motor…kalau kad lesen yg sah P berasingan boleh? Lesen kereta2 dan lesen motor2…

  33. Assalamualaikum. Saya nak tanya, saya dah ada lesen P utk motosikal, tamat tempoh 2/10/15. Tapi bulan 1 tahun 2015 saya nak buat lesen kereta. Perlu buat ujian komputer balik ke utk dapatkan lesen L kereta?

  34. Assalamualaikum. Saye nak tanye. Nak ambil lesen motor nih biase nye minimum kene umur brp ye?

  35. Waalaikumussalam,

    Calon hendaklah genap berumur 16 tahun 1 hari semasa kursus KPP01 jika lesen motor.

  36. Waalaikumussalam,

    lesen P tersebut akan dijadikan satu iaitu B2D. Tak boleh asing-asing.

  37. Sekarang memang dah mula sistem baru.

  38. Tak boleh, ia akan ambil masa 2 ke 3 bulan.

  39. zainudin zainal abidin

    salam admin, lesen belajar memandu akan tamat tempoh 2tahun, masih belum sempat nak buat test di JPJ, bolehkah buat rayuan kerana belajar dan keluarga tinggal di luar negara. Setahu saya selepas tamat tempoh 2tahun, kena ambil A to Z balik. Bagaimana caranya, terima kasih.

  40. salam. sya nak tanya, sya ada lesen kereta dah, tapi teringin nak ambil lesen motor. apa yang sya perlu buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

11,862 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>