Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

PROSEDUR yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:

1) Mendaftar dengan Azhan LP yang merupakan rakan niaga Institut Memandu Skem dengan: 

  • Datang ke pejabat kami di Pinggiran Batu Caves, atau
  • Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama. Anda hanya perlu call dan sms nama, no phone berserta tarikh untuk kursus KPP01.

2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus (KPP01) (6 Jam)

  • Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen Motosikal) dan genap 17 tahun  (lesen kereta)
  • Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
  • Pakaian Perempuan: Bertudung dan memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut.
  • Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal dan salinan.
  • Jadual: Kursus KPP Kereta ada pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad sahaja.  

3)Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

  • Tempat: MYEG Danau Kota
  • Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Dokumen: Kad pengenalan, nombor siri buku dan RM10 (gambar)

Anda perlu menghubungi kami sehari sebelum tarikh untuk ujian. Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.  

Jika anda mengambil dua kelas lesen B2D, jumlah soalan adalah 70 dan perlu lulus 59/70. Pastikan anda membaca buku terutamanya bab sistem Kejara untuk mengelakkan anda gagal.

4)Anda akan perolehi lesen LDL

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh seminggu.

5)Latihan Demo (KPP02) 
  • Kelas D 5 1/2 jam 
  • Kelas B2 9 1/2 jam

Sila bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.

6)Belajar Memandu (KPP03)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.

Kelas D – 10 Jam 

Kelas B2/B Full – 4 Jam

Pastikan anda membawa ic dan lesen L serta berkasut

7)Ujian Penilaian (QTI)

Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.

8)Ujian Praktikal

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu:

Sesi 1: 8.30 pagi

Sesi 2: 11.00 pagi

Sesi 3: 2.00 petang

Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.

Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)Ujian bahagian 2:

i) Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit

ii)Parking & 3 penjuru

b)Ujian bahagian 3:

Jalanraya

8) Lesen Memandu percubaan ‘P’

Tambahan RM60 + RM20 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. 

257 responses to “Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

  1. Hii..just mo tanya kepada yg pakar kat sini..sy da boking ceramah utk ambi lesen keta bln 2 lagi..da bg semua details…so sampai hari masih belum ada kabar?memang mcm ni ke lamaa dia nak tunggu…ermmmm

  2. Boleh saya tau nama encik/cik dan buat pendaftaran dgn siapa?

  3. KALAU SAYA X DE LESEN MOTOR BOLE X AMBIL LESEN KERETA AUTO

  4. kalau x de lesen motor bole x ambil lesen kereta

  5. Dekat mana boleh tambah tempoh lesen L dan Kalau lesen L saya tamat tempoh 11. 11. 2018 boleh ke saya perbaharuinya pada 13. 11. 2018?

  6. Ya boleh ambil lesen kereta auto jika tiada lesen motor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *