Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian

Etiqa berpakaian

Para pelajar Azhan LP diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang berkomputer, belajar dan semasa ujian JPJ.

Oleh itu, para pelajar Azhan LP hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah:

Lelaki:

  1. Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat dan yang mempunyai motif negatif adalah tidak dibenarkan.
  2. Memakai seluar panjang.
  3. Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar
  4. Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang)
  5. Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan .

Perempuan:

  1. Baju kurung, kemeja atau t-shirt berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung.
  2. Bagi wanita jika tidak bertudung, rambut hendaklah disikat rapi dan terurus.
  3. Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut.
  4. Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan.
  5. Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan.

3 responses to “Etika Berpakaian Semasa Kursus, Belajar dan Ujian

  1. salam…saya nak tanya tentang cara pemakaian…seluar jenis ape yg dbenarkn pakai oleh calon wanita semasa mengikuti ujian memandu seluar jenis jeans atau slack hitam??adakah t-shirt lengan panjang dbenarkan pakai bagi wanita yang brtudung semasa mengikuti kelas memandu?

  2. Salam , nak tanya , kalau lelaki yang colour rambut boleh ke buat lesen ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.