MEMARKIR SISI
Tujuan ujian memarkir sisi dibuat untuk memastikan calon dapat meletak dan keluar daripada tempat meletak kenderaan dengan selamat
Antara perkara yang calon perlu lakukan dalam ujian memarkir sisi:-
- Mengamalkan CITO
- Menggunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan
- Memastikan kenderaan mengundur secara berterusan
- Memegang dan memusing stereng dengan betul
- Mengawal pemecut / cekam sehingga menyebabkan enjin mati
- Meletakkan kenderaan pada kedudukan selari dengan petak
- Mengangkat tangan / hon setelah berpuas hati meletakkan kenderaan dalam petak
Dalam ujian ini, perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon ialah:-
- Tidak melanggar atau menyentuh garisan benteng semasa melakukan pergerakan
- Memastikan keseluruhan badan kenderaan berada dalam petak
- Badan kenderaan motokar tidak menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak
- Melakukan ujian ini dalam 5 minit
- Tidak terlibat dalam kemalangan