Belajar Memandu

bersama Cikgu Azhan (012-375 3577)

Latar Belakang Syarikat

Selamat datang ke www.belajarmemandu.net

Assalamualiakum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

gambarcikgum_7da1ab51

   www.belajarmemandu.net adalah milik penuh Azhan LP Enterprise (001836155-U) yang mana pemiliknya adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang instruktor pemanduan selama lebih kurang dua puluh tahun. En Azhan Omar telah mengikuti kursus SPIM yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu kursus yang wajib dihadiri bagi setiap instruktor pemanduan di seluruh Malaysia.

   Azhan LP Enterprise merupakan rakan niaga Skem Driving Academy Sdn Bhd yang mana Institut Memandu ini adalah antara yang terawal dibuka di Malaysia dan semua litar memandunya adalah mengikut spesifikasi JPJ. Ini bermakna kami akan menghantar semua pelajar kami di Institut Memandu tersebut yang terletak di Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

   Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah praktikal kepada anda kerana semua kursus, bengkel, amali pemanduan dan ujian JPJ akan diadakan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Memandu tersebut. Azhan LP Enterprise menawarkan perkhidmatan pemanduan pelbagai jenis kenderaan yang menjanjikan keselesaan kepada para pelajarnya dengan hanya seorang instruktor untuk seorang pelajar dan tenaga-tenaga pengajar kami adalah yang bertauliah dan berkhemah tinggi insyaallah.

18 thoughts on “Selamat datang ke www.belajarmemandu.net

  • Abdullah

    Assalmualaikum
    ENcik, leh tak saya tahu camner dan berapa yuran nk wat GDL?

  • Cikgu Azhan

    utk buat GDL anda perlu berumur 21 thn keatas dan memiliki lesen kompeten (bkn lsn P). Utk GDL kos RM 200.
    Hubungi saya di talian 012-3753577 ataupun tinggalkan no phone kpd kami

  • Selamat pagi

    Saya akan mengambil ujian memandu pada hari Khamis (28/5)ini. Oleh yang demikian, saya ingin berlatih sebelum ujian tersebut. Saya ingin tahu samada Encik ada masa untuk berbuat demikian and juga bayaran yang dikenakan. Encik boleh menghubungi saya di 017-8803334 atau melalui email seperti di atas.

    Sekian, Terima kasih.

  • Terima kasih diucapkan pada Stela kerana sudi menghubungi kami.

  • Assalamualaikum Cekgu Azhan n Ayu…

    Cikgu ingat saye lagi tak?? Saya Ex-Student cikgu…Saya ni nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Cikgu Azhan n Cikgu Faizal sebab adik saya Azhar dah pun lulus Lesen Kereta semalam….Saya rasa seronok tak terkata dah ni…

    Terima kasih untuk Cikgu Azhan yang sangat baik hati..senang sangat berurusan dengan cikgu..saya TABIK SPRRIIINNNNGGGGGGGGGG!!!

    Cikgu Faizal pun bagus!!! Tak jemu2 ajar adik saye…Ilmu yg cikgu bagi akan digunakan dengan sepenuhnye…Nanti kalau dah terer boleh lah kiteorg Driftt!! Hehehehe…acah je..

    Terima Kasih Cikgu…

  • Cikgu Azhan, terima kasih atas segala jasa yang telah cikgu berikan pd saya, jemput dan anta saya tiap kali saya nak pegi ujian memandu, dan sikap cikgu yang ramah telah membuat saya rasa senang hati setiap kali berurusan dgn cikgu. terima kasih byk2.

    Cikgu Faizal, terima kasih juga saya tujukan pada cikgu yang tak jemu2 melayan kerenah saya yang gila2 time memandu, takut lori, takut brek, dan takut gear.. haha! saya da xnk takut2 dah, nanti kete lak takut kat saya!! lagu “tanya sama pokok” tu yg da wat saya gelak sakan akan saya simpan wat kenangan.. haha.. =D cikgu jgn drift2 sgt cikgu, kan da xcident.. apepun, saya doakan kereta tu cepat sembuh.. hehe..

    Kak Ayu, walaupun ja x kenal sape akak, but, thanks for promoting my blog in ur website.. ja appreciate sgt2.. ^^

    thank u for everything Azhan LP Enterprise. assalammualaikum. ^^

  • nonie

    salam en.azhan,
    saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada e.azhan n kak ayu kerana saya berjaya dapatkan lesen….

    tak lupa juga buat cikgu faizal yang tak sabar mengajar dan berikan saya semangat walaupun saya ni agak penakut jgk la nk bwk kete…
    atas kesabaran cikgu faizal akhirnya saya berjaya dapatkan lesen memandu…thanks cikgu faizal…

  • kt area cheras xde ke?umah family kt situ
    atau kt area ukm bangi..sbb masih belajar lg….
    klau boleh nk ambil sblm abis bljr….

  • maaf, awak kena datang ke LRT Putra Gombak atau Sentul Timur. Saya tak sediakan transport ke Cheras. tq

  • Christy

    Hello, saya sudah ada driving licence tetapi takut nak bawa kereta. Ada kelas khusus untuk refresher seperti saya. Saya tinggal di Jalan Gasing, PJ. Terima kasih

  • salam en. azhan. saya dah ada lesen D penuh. dan sekarang saya ingin ambil lesen B2. lesen L saya mempunyai kelas B,C,D. perlu ke saya ambil lesen l balik dan brapa kos saya ambil lesen B2.

  • azizah

    Assalamualaikum.w.b.t
    Sy amik ksempatan utk mgucapkan ucapan terima kasih buat Encik Azhan & terutamanya Cikgu Nazri yg mgajar sy dgn baik skali.
    X sangka dlm masa 2 minggu sy da dpt lesen P.
    Sbelum ni sy bkn stakat x confident tapi x suke btol nk g blajar memendu smp sy gagal ujian bukit dan jlnraya.
    6 bln lepas gagal sy mmg x de smangat nk teruskan until suami sy kenalkan dgn kelas yg dikendalikan En.Azhan.
    Alhamdulillah sy bkn stakat bsemangat sbb cikgu yg mgajar saya baik & buat sy selesa tp skill dan teknik yg bkesan buat sy senang nk fhm cara mgendali kenderaan dgn baik.Sekali lagi 100million TQs dari saya.
    Slamat maju jaya semua dan Azhan LP!!

  • farahin

    salam cikgu azhan,sy da lesen l,tp sy bljr aritu kt imkl,da lme sy tgl,sy skng cme nk smbung lesen p jer,sbb mse kt imkl tu sy da abis jam tuk lesen p,tp x lepas2 smpai skng,cmne ea?blh x lau sy nk smbung kt tmpt cikgu azhan?dan brpe yg perlu sy tmbh?sy hrp ckgu dpt tlng sy…

  • admin

    Salam Farahin, awak boleh terus belajar dengan saya. Call saya direct ya di talian 0123753577 Azhan

  • salam cikgu, sy nak belajar motor & kereta. boleh pm sy?
    nak start minggu depan.
    thanks!

  • Syu, saya dah balas di email awak. tq

  • minta maaf,saja nak confirm brp buah motosikal yg ada utk pratikal b full?

  • Amalin

    Assalamualikum ,
    saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kepada En azhan yang sudi mengajar saya . terima kasih juga kepada en faizal yang selalu menjemput saya untuk belajar memandu . saya bersyukur kerana saya telah memperoleh lesen . ini pasti berkat kesungguhan cikgu2 yang sudi ajar saya . kenangan yang paling manis bagi saya ialah saya mendapat nama panggilan yang diberikan oleh cikgu . cikgu selalu panggil saya ‘Na’ . tak tahu kenapa . hahahahahaha . takpelah , kenangan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat