Teknik Belajar Mendaki & Menuruni Bukit

Teknik Belajar Mendaki Bukit

  1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
  2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
  3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

Tip untuk ujian mendaki bukit:

Calon akan lulus  jika:

  1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.
  2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

  1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
  2. Melebihi masa yang ditetapkan.
  3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
  4. Langgar garisan putih.
  5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).

63 Responses to Teknik Belajar Mendaki & Menuruni Bukit

  1. salam..
    bagus dan senang di fahami..

  2. Tq for info utk nk blajar kreta ni… Saya takuttttt sngt nk blajar keta ni… Parking yg paling fobia… x ingat… mcm mana nk bg ingat… please… help…

  3. cikgu,kalau repeat jpj diii tmpt cikgu perluu bayar brp?..kalau repeat litar shj harga sama ke??

  4. Alhamdulillah… jumpa jugak web berkaitan belajar memandu ni.. terima kasih cikgu dengan perkongsian ni.. =)

  5. Terima kasih Faaein & Sharizaini.

    Helmi, kalau repeat test JPJ utk kelas D adalah RM100 dan kelas B2 RM60.

  6. assalam…
    cikgu, sy nak tanya….bagaimana kita nak kawal kereta 2 supaya x makan jln ke lorong sebelah? lagi 1, bagaimana kita nak bagi seimbang minyak dgn clutch ketika mndaki n turun bukit? sy bru bljr td tp asyik gagal je, kereta 2 trundur ke bawah…sy jd cm givve up dh nk bljar memandu ni…

  7. Cikgu, nak tanya…sy skrg tgh belajar utk ambil lesen keta. Sy pling takut bahagian mendaki bukit. Mslhnye, sy susah nk agk sama ada tayar kete sudah ad di ats garisan atau x. Jika cikgu kate cermin sisi selari dgn tiang no 1, tayar tu terlebih ckit ke dpn. Adakah dikira lulus jgk? Terime kasih…

  8. rabiatul adawiyah

    salam, cikgu..saya nak ambil ujian bukit lagi sekali lusa..tapi, jln raya dah lulus..saya takot gile dkt bukit, tak dpt nak agak lagi bile nak lepas handbreak waktu nak jalan :'( emm..blh cikgu cerita satu persatu dari star naek bukit, and after dah lepas bukit tu :DD THANKS A LOT, SIR !

  9. hi cikgu.. saya mempunyai masalah dlm pengawalan strereng. kalo buat on the road sy selalu makan jalan… dan semasa buat latihan di circuit pon sy selalu menghadapi masalah untuk masuk lorong ke kanan atau ke kiri iaitu samada terlebih pusing stereng, terkurang pusing atau lambat pusing stereng.

    instructor kata sbb sy rendah (ketinggian sy 148cm) dan sy memang tak nampak jln terutama bile nak masuk lorong.. mcm nak atasi masalah ni ye… tq..

  10. Hi. Saya pun problem di bahagian bukit. Handbrake terlalu berat nak diturunkan sampai tertekan clutch semula bila nak turun bukit. Enjin pun termati la jawabnye. Susah bawa manual ni. Tengok orang lain buat bahagian bukit macam x ada masalah. Rasa malu n fed up pulak. Hehe. Ada tak cara lain di bukit yang tidak memerlukan tarik handbrake. Sebab saya yakin boleh berhenti di garisan kuning tanpa lihat. Saya bermasalah kawalan kaki dan handbrake ketat. Kalau boleh tak mau guna handbrake. Jika ada cara tolong ajarkan. Terima kasih =)

  11. Saya xde masalah.masalah saya ialah….instruktor saya selalu meroyan masa saya tgh drive terutama test di bukit.saya xdapat nk imbangkan clucth dgn minyak…..sebenarnya instruktor tu lah yg menyebabkan sy….

  12. sharifah salbiah sharif malik

    salam cikgu.. Sy nak ambil test kali ke dua 2 minggu lg. Sy ada masalah dengan kawalan stering dan tukar gear . Tolong la sy cikgu untuk atasi masalah ni. Lg satu, sy selalu keliru masa mana nak tukar ke gear rendah.

  13. Bagaimana cara yg betul untuk melepasi bonggol-bonggol di jalanraya. Sesetengah kata guna cekam dan tekan pedal minyak sedikit . Sesetengah pula kata tekan pedal minyak sedikit(tak perlu guna cekam) dan kalau terlebih laju cuma tekan pedal brek sedikit. Harap penjelasan.

  14. cikgu.. :)

    sye masih bermasalah dlm penukaran gear..n control minyak serta clutch…kdg-kdg sye give up n tension sgt..dgn instructor yg membuatkan sye ag tension..huhu..harap..ckg dpt bantu atasi masalah sye ni..owh ea..sye puji inisiatif ckg buat web sendiri..amat memudahkan..
    harap ckg dpt bantu sye..tme kaseh.. :)

  15. saya gagal pada ujian bukit..wak2 latihan dengan instructor sy boleh lakukannya…tp setelah test yg sebenar sy x boleh buat sebb..kereta nya lain..huhu…then bila saya angkat clutch kereta dah bergegar..sy tarik handbrake..kereta sy still x bergerak….menurun ke bawah..ap sebab ye..

  16. Sy telah mengambil ujian Bukit & Jalan Raya tapi gagal ke dua2 ujian. Semasa latihan sy tak ada masalah untuk memandu cuma kadang2 enjin mati bile sy berhenti di bukit tpt ujian atau jalan yang berbukit d trafic light. Sy sukar untuk mengawal /mengimbang minyak n klac. Sy akan terlepas klas bile ingin menekan minyak dan enjin akan mati. Sy sudah blaja 16 jam kelas dan akan mengulang test isnin depan. Perlukah sy praktis lebih byk lagi sebelum mengambil ujian. Apakah cara yg mudah untuk imbang myak n klac d jalan berbukit. Sila berikan nasihat n panduan.

    Terima kasih byk2.
    Ida.

  17. Terima kasih cikgu atas perkongsian ini :)

  18. cikgu,,
    saya dah dapat lesen kereta,
    and saya boleh bawak kereta manual,
    cuma satu je yg saya takut,
    iaitu tyme kena berhenti di traffic light berbukit and jammed dekat jalan yg berbukit,,
    adakah kena tarik handbrake ketika berhenti di traffic light berbukit and jammed dekat jalan yg berbukit???
    dan macam mana nak elakkan kereta menggelongsor ke belakang???

  19. cikgu…
    saya baru ja test JPJ tadi.tapi saya xPASS bukit seja. laluan da PASS.. padahal masa latihan sy smooth ja turun bukit… mslhnya.. kaki sy time tu begegar n xdpt nak kwal clatch n imbang minyak jugak…huhu… ada tips x cikgu?

  20. Assalamualaikum wbt cikgu,salam ramadhan al-mubarak daripada saya sekeluarga..Alhamdulillah,akhirnya saya jumpa juga teknik naik trun bkit dengan jelas darpada laman En.Azhan setelah beberapa hari saya runsing dengan kegagalan saya pada bahagian turun bkit,doakan saya mudah2han saya lulus ujian jpj buat kali pertama pada 1 ogos ini,saya berdebar sekali bahagian bukit sebab ahad baru2 ini saya telah menjalani QTI,teruk QTI saya cikgu,disbbkn bnyk mkn masa nk turun bukit,kereta yang saya pandu 3 atau 4 kali terundur ke belakang sedangkan sebelum ini saya lancar je bhgian bukit,saya tak sempat buat bhgian parking n 3 penjuru..>___<

  21. Terima kasih Radia.

    Kami team Azhan LP mendoakan anda lulus lulus ujian JPJ itu nanti. Insyallah

  22. saya bakal menjalani ujian jpj hari jmaat ni 3.8.12..harap2 saya boleh n lulus la..anda tolong doakan saya yea..

  23. cikgu,sya selalu berhenti lebih awal sebelum sampai ke garisan kuning,selalunya dalam setengah jer,lepas tu cikgu saya selalu makan lorong ketika membelok,cikgu ader aper2 tips tak?

  24. siti zuraini

    cikgu 1/8 saya test kali 2 jalan raya saya past 18/20 tapi bukit saya fail bukan mengundur tapi tayar tak sampai garisan , saya takut kali 2 pun fail , ada petua2 yg boleh cikgu bagi ,

  25. salam ..cikgu.. saya bru je test ujian jpj pd1/8 tdi kedua2 bahagian saya gagal kerana saya nervous bila berdepan dengan jpj.

  26. Terima kaseh atas perkongsian berguna ini.Semoga Allah merahmati anda. :)

  27. hai,cikgu, saya sudah 3kali,ambil ujian mendaki bukit,tapi sudah gagal .kesihannya saya.

  28. adniqasehqisya

    a’kum…cikgu…tq 4 info ni…..ari khamis ni saya kena ambik test tuk bahagian 2….jln dah lulus ari 2…..saya kantoi kat bukit….time naik ok…time nak turun mengundur……cam ner nak wat yer..hubby saya ckp..tekan je minyak biar lbh….
    doakan saya yer..semoga lulus ujian khamis ni…..:-)

  29. hai cikgu..
    tolong btlkan sye klu sye salah k..mse naik bukit,sy masuk gear 1,tekan minyak sket dan trus naik ats bukit..atas bukit sye tekan break.pastu sye free gear n tarik handbreak dulu sebelum keluarkan kepala tengok tayar masuk 50% dalam garisan kuning tu.pastu sye angkat tgn kanan tinggi2.pastu mse nak trun bukit, sye tekan minyak kuat sket serentak dgn clutch.pelan2 sye lepaskan clutch smpai kereta dah gerak ke depan bru sye lepaskan handbreak.betul tak cikgu?

  30. salam. saya nak tanya. kalau saya gagal ujian jpj dan xnak buat latihan di pusat memandu yg sama boleh ke?

  31. Salam cg….saya nak tanye pndapat cg. Semase naik bukit,sy masuk gear 1,tekan minyak sket dan trus naik ats bukit..atas bukit sye tekan break.pastu sye free gear n tarik handbreak dulu sebelum keluarkan kepala tengok tayar masuk garisan kuning tu.pastu sye angkat tgn kanan tinggi2.pastu mse nak trun bukit, sye tekan minyak kuat sket serentak dgn clutch.pelan2 sye lepaskan clutch smpai kereta dah gerak boley ker cg….????tolong betul kan saya kalau salah…saya jadi takux sangat2 kat bukit nie…

  32. saya baru jer balajr 1 jam tp next week instructor suruh saya buat QTI dah.dia yakin saya boleh buat katanya..tp saya tau kelemahan saya masa jem dekat area bukit mcmn sy nak imbangankan supaya kereta xmati & brudur ke blakang? adakah saya perlu tekan clucth bersama brek or angkat handbreak & free grear dalam keadaan jln jem?

  33. salam , nak tanya . macam mana nak stat kereta secara mengundur ? mksud saya nak keluarkan dr parking . kalau saya try google die ckp same mcm nak ke depan biase je , tapi kalau betul cara yang sama bukan kereta tu gerak ke depan ? sy nak undurkan kete tu . camne ni ? dh puas google tp tk jumpa jugak .

  34. Cikgu,.., cikgu saya nk tanya… kalau kita naik bukit dalam bahagian memandu di atas jalan raya, memang kita kena guna GEAR 1 ae cikgu????? Kalau kita jumpa jalanraya bukit dari GEAR 2 tukar ke GEAR 1 ke cikgu?? saya confuse ayat dekat buku cakap guna GEAR rendah..
    Contoh : saya memandu atas jalanraya yang lurus guna GEAR 3, pastu belok simpang jalan yg berbukit tukar GEAR 2, itu pun dikategorikan GEAR rendah kan??? mana satu betul cikgu?? GEAR rendah atau GEAR 1???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

11,420 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>