Teknik Belajar Parking

  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tip Ujian Parking:

Calon akan lulus  jika:

  1. Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
  2. Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

Calon akan gagal jika:

  1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
  2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
  3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
  • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
  • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
  • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
  • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
  • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan
  • Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.

12 Responses to Teknik Belajar Parking

  1. Salam.. smasa sy bljr parking, cikgu memandu ckp x pyh tarik hand break.. so, mne 1 yg btul.. a little bit cnfius.. thanks

  2. assalam…
    cckgu, blh ke kalau ckgu letakkan video dlm website ni…

  3. teknik yang mengelirukan dan harus tambah lgi untuk pengajaran yang lebih berkesan

  4. teknik 3 penjuru harus menikut litar terbaru tanpa tiang

  5. teknik parking pun kena ikut tiada tiang mana ade parking yang sebenar di bandar yang ada tiang hehe

  6. bahagimana dngan tip bukit pulak bukan kena ada tip yang berbeza bagi lain jenis kendeeraan

  7. en Azman,,, tiang tu digunakan untuk memudahkan pelajar untuk parking . kalau takde tiang tu saya rasa mencanak pelajar nak parking , sampai kucing bertnduk pon deorang tak pandai parking .

  8. mse sye belajar parking…sye tak berapa paham sebab parking dia lain2.ada yg pakai penjuru.bila sye pergi belajar minggu lepas.instractor xde pun ckp masa msuk parking lpas pusing stereng ke kanan 2 x untuk luruskan tyar ngan penjuru tu kena reverse smpi garisan putih..instractor sye trus suruh sye pusing stereng ke kanan bg habis, baru reverse masuk dlam kotak parking.mne satu yg betul.instractor ni grg plak tu…mcm2 la aih..

  9. assalamualaikum.sya wt latihn mmndu ptma kali bru ni..smsa latihn parking sya diberi utk luruskan kereta ,undur dan perhati tiang pertama di tingkp tiga segi, strusnya pusing kiri smpai hbis (kunci) undur dan perhatikan tiang yg keempt dan berhenti..,seleps itu,pusing kanan sehingga hbis trus maju ke hdpn dan lurus dgn tiang ptma yg permulaan td?knpa cra mereka berlainan.?lg satu , kenapa di sini tiang keempat pulak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *