Teknik Tiga Penjuru

Teknik Belajar Tiga Penjuru

Teknik tiga penjuru ini akan digunakan semasa anda melalui jalan mati. Jadi teknik ini boleh anda gunakan selain daripada reverse ke belakang yang ada kalanya merbahaya bagi yang tidak mahir mengundurkan kereta.

Semasa hari ujian, tiga penjuru biasanya akan dilakukan selepas membuat parking. Jom kita lihat teknik untuk buat tiga penjuru khas untuk tujuan ujian kelak.

  1. Apabila anda keluar dr parking, masuk petak belah kanan (ikut anak panah yang diberikan) sehingga sampai ke tiang no 2.
  2. Sambil berjalan perlahan-lahan pusing stering kekanan sampai habis dan berhenti sebelum garisan putih di depan.
  3. Seterusnya pusing stering ke kiri pula sampai habis (4 x) kemudian br anda undur ke belakang dan berhenti sebelum bumper belakang kereta anda pijak garisan putih (jarak dalam 3 kaki mcm tu).
  4. Kemudian pusing stering 3 x dan terus keluar dr petak 3 penjuru tersebut.

Tip Ujian Tiga Penjuru:

Calon akan lulus jika:

  1. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit.
  2. Calon berjaya melakukan ujian seperti berikut:
  • Masuk ke petak dari kiri ke kanan dan berhenti seketika
  • Dari Kanan berundur ke belakang dan berhenti seketika
  • Dari kiri bergerak ke kanan dan terus keluar.

Calon akan gagal jika:

  1. Melanggar atau menyentuh tiang besi penanda samada semasa masuk atau keluar.
  2. Badan kereta menjulur keluar
  3. Melakukan olah gerak lebih 3 pergerakkan
  4. Melakukan ujian melebihi 3 minit
  5. Berlaku kemalangan

22 Responses to Teknik Tiga Penjuru

  1. askum..saya berlajar memandu kat kv tanjung musang,tp saya masih xlulus lg buat ujian qti…risau ni kena tambah masa lg,duit dh byk habis mcn mana ni?

  2. saya lulus ujian qti, tetapi fail 3x test jpj.. nex week ambil kali ke 4. Eh..sial lah puiii~ harga kerugian ulangan: rm390. (tidak termasuk kos lesen)

  3. aq pon same…2 kali dh x lpas ujian jpj…ari slasa ni nk amik kali ke 3…aq ade problem kt 3 penjuru la…

  4. time belajar, saya ok. boleh buat semua dgn lancar. tapi masa test jpj, hancur semua. gugup semacam je. 3 kali ulang. tapi nasib baik tak payah bayar.

  5. Hasnaa azlina

    Aku msh lg dlm blaja 3pnjuru.ssh woo! Grm pn ada.entah bila nk pndai nih..Tensyen nyer.kt tpt aku blaja tu,xde tiang penanda..kdg2 lps.kdg2 telajak msuk petak,kreta nait ats bahu jln..ada tips baik punya ke?

  6. kejap lg giliran sy untk test litar.sangkut kat parking minggu lepas.hahaha..harap2 dpt lulus la minggu ni..amin.

  7. saya masa belajar teruk la juga. kena tambah masa dan duit lagi. alhamdulillah test bahagian 2 kat litar berjaya dengan baik. cikgu saya kata jangan tekan minyak masa ujian parking dan tiga penjuru, angkat cluth sikit je. Masa nak masuk kotak tiga penjuru tekan cluth supaya kereta tak bergerak laju. tapi saya kandas ujian bahagian 3. tapi tak pe, kena banyak belajar lagi sebab kita ni bawa kereta kat jalan raya, kena mahir betul. kalau tak, langgar kereta orang pulak, lagi la teruk kan.

  8. sya da nak hbs latihan 8 jam mgkin mgu depan qti dah pastu test jpj…perasaan takut tu pndai dtg..takut gagal…bab mndaki bukit tu mmg ada mslah coz sya ma c blum dpt marking garisan kuning tu..aduii…paking sisi xda masalah…3 penjuru pun satu hal lgi..kejap ok kejap x ok…bila diingt tarikh test dah nak dekat mcm rsa nak mngis je…

  9. Semoga dah lulusnya ko org semua……kt punya test ari khamis ni…4 2nd time……jln lulus……alhamdulillah……moga2 ari khamis ni lulus…..insyallah…..amin

  10. puteri dpt cikgu baik tp kuat bebel…klu puteri salah mesti dia ckp” erm, cikgu xtau la nk ajaq mcmna ag dh, habaq2 dh.. ermm puteri bt la lagu mana pon..” tension dgr cikgu ckp cam gtu bknnye nk ajar kita tp bebel mcm tu..huk3x..smpai ase nk je nanges depan cikgu.. cikgu tunjuk sekali je pastu trus nk suh puteri pndai.. huk3x.. puteri mmg ade mslh lam litar tp time jln rya ok jer.. blh jer bw ngn smooth xde mati2 enjin.. tp lam litar ni mmg susah. bukit ok la but part parking n 3 penjuru tu mmg fail,xmsuk ag dh fail…huhu..entah kenapa la xleh nk fokus ngn tips yg cikgu ckp tu…takut pn ade 14 hb ni dh nk test jpj…waaaa..byk takutt nieyhh

  11. hr sabtu 2 ari saya ada blajar drive…1 day blajar drive ngn cikgu…cikgu pergi ambek kat rumah..cikgu tanya dah pandai drive ker?saya jawab la skit2 boleh la..alek2 ckgu suruh saya drive g tempat blajar..dari rumah saya drive sampai kat skolah memandu..tp tiba2 jer hari 2 semua ok..kat trafik lite pn xmati..biasanya mst meragam…bila kat skolah memandu ckgu ajar terus side parking, daki bukit & 3 penjuru. dalam masa 1 jam saya blajar cz xtetahan panas ckgu cakap next week dah boleh prgi qti. terkejur saya dibuatnyer..mcm xprcaya jer..1 jam dh boleh g sana..keyakinan 2 xbrape nak ada..tp mintak semua OK2 aje…

  12. hri rabu kelmarin bru je test JPJ. dlm litar xllus jln rya Pun xlulus.. jln rya biasanye ok dah msa blaja dlu.. saya pula ada kelemahan xbleh bau penghawa dingin kereta & petrol. masuk2 je keta dah bau penghawa dingin apa lagi mula la pening.. msa sedng drive tu dah rasa nk muntah.. boleh plak msa bulatan saya rsa nk muntah.. tiba2 je stereng keta xdpt dikawal naik atas bulatan. terkejt peg.JPJ tu. sya xllus kerana memandu dlm keadaan bhaya.. hehehee..

  13. Bulan 5 thun lalu sye g test jpj,..sngkut kt 3 pnjuru mnyebabkn gagal sumany, pas2 xda smngt dh nk test kt jln raye,wat cincai jak,tp bole pla pas, lau wat btol2 sngkut pla. bln feb nie amik blik test bhgian 2 stelah hmpir setahun, apalh yg sy ingat lg 2. apa pn tips yg pling trbaek adalh bertenang & jgn gementar..

  14. Sy pun penah x lulus gak..kantoi kat .jln rayaa.mse tuu sedihnya hanya tuhan je yg tau..nanges kot..haha..mase blaja dlu xda masalah pon.tp bile test tetibe leh nerves. Next week amik test lg tuk kali kedua.hope boleh lulus lah..dh bnyk melabur duit dh ni tuk lesen semata..korg ada pape tips x tuk lulus dgn jayanya? Haha..

  15. Sy Blom lgi ambil ujian jpj…tpi aq nerves lah tym naik bukit tu…stress gile, reverse trus kereta tuu….Lagi 1 tym test kat jalan ,dah lah aq ni first tym bwa kereta,tpi trainer tu mcm wat aq dha sepuluh tahun bwa kereta,klu iye pun nak ajar x perlu le nak ajar terlalu cepat sgt , aq punch muka hang bru hang tau…Ajar org slow2 dan x perlu tengking2…apa2 pun belajar kereta ni mmg stress..dari ujian KPP hingga JPJ ..mcm nak amik exam je lah….hahahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Comment Spam Protection by Spam Hammer

This site's anti-spam requires Javascript; enable it and refresh this page to continue.

NoScript Users: Whitelist the domain services.wpspamhammer.com and refresh.