Rutin Sebelum Memandu (RSM)

RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

RSM ialah satu rutin yang perlu diamalkan sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan komponen kenderaan berfungsi dengan sempurna.

Calon perlu lakukan mengikut turutan seperti di bawah:-

  1. Masuk, duduk dan memastikan brek tangan ditarik
  2. Melaraskan tempat duduk
  3. Menentukan kedudukan tangan pada stereng
  4. Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi
  5. Memastikan semua penunjuk pada panel instrumen seperti tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu amaran bateri, lampu amaran brek tangan dan lampu amaran kedudukan gear berfungsi dengan baik
  6. Memastikan gear dalam keadaan bebas atau berada dalam kedudukan “P” bagi kereta auto
  7. Menghidupkan enjin dengan menekan cekam ataupun brek
  8. Memastikan semua peralatan seperti lampu isyarat, hon, pemancut air, pengelap cermin, lampu depan, lampu hazard dan takometer / RPM berfungsi dengan baik
  9. Menguji keadaan tali pinggang keledar dan memakai tali pinggang keledar

Selepas melakukan RSM, calon perlu memastikan senarai di bawah berfungsi dengan baik. Antaranya:-

  1. Lampu depan
  2. Lampu isyarat
  3. Takometer
  4. Pengelap cermin
  5. Hon
  6. Tali pinggang keledar

Calon diingatkan untuk mengamalkan CITO semasa memandu untuk elakkan sebarang kemalangan. Apa itu CITO?

C Cermin pandang belakang dan sisi untuk mendapatkan maklumat di belakang dan sisi kenderaan
I Isyarat yang sesuai untuk memberi maklumat dan niat kepada pengguna jalan raya yang lain
T Titik buta (blind spot) dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin
O Olah gerak yang betul dan selamat dalam posisi dan kelajuan yang sesuai bergantung pada hazard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *