Ujian Memandu Bahagian 3

Untuk ujian memandu bahagian 3, calon perlu memandu kenderaan di jalan raya dengan tujuan dapat menghargai keselamatan dan mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada diri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Dalam ujian ini, beberapa perkara yang calon perlu buat adalah:-

  1. RSM
  2. Memulakan perjalanan
  3. Memandu di jalan lurus
  4. Memandu di persimpangan
  5. Membelok ke kiri dan kanan
  6. Memandu di selekoh
  7. Memandu di bulatan / laluan susur
  8. Memandu di sekolah / perumahan dll

 

RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

RSM ialah satu rutin yang perlu diamalkan sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan komponen kenderaan berfungsi dengan sempurna.

Calon perlu lakukan mengikut turutan seperti di bawah:-

  1. Masuk, duduk dan memastikan brek tangan ditarik
  2. Melaraskan tempat duduk
  3. Menentukan kedudukan tangan pada stereng
  4. Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi
  5. Memastikan semua penunjuk pada panel instrumen seperti tolok bahan bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu amaran bateri, lampu amaran brek tangan dan lampu amaran kedudukan gear berfungsi dengan baik
  6. Memastikan gear dalam keadaan bebas atau berada dalam kedudukan “P” bagi kereta auto
  7. Menghidupkan enjin dengan menekan cekam ataupun brek
  8. Memastikan semua peralatan seperti lampu isyarat, hon, pemancut air, pengelap cermin, lampu depan, lampu hazard dan takometer / RPM berfungsi dengan baik
  9. Menguji keadaan tali pinggang keledar dan memakai tali pinggang keledar

Selepas melakukan RSM, calon perlu memastikan senarai di bawah berfungsi dengan baik. Antaranya:-

  1. Lampu depan
  2. Lampu isyarat
  3. Takometer
  4. Pengelap cermin
  5. Hon
  6. Tali pinggang keledar

Calon diingatkan untuk mengamalkan CITO semasa memandu untuk elakkan sebarang kemalangan. Apa itu CITO?

C Cermin pandang belakang dan sisi untuk mendapatkan maklumat di belakang dan sisi kenderaan
I Isyarat yang sesuai untuk memberi maklumat dan niat kepada pengguna jalan raya yang lain
T Titik buta (blind spot) dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikan hazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin
O Olah gerak yang betul dan selamat dalam posisi dan kelajuan yang sesuai bergantung pada hazard

MEMULAKAN PERJALANAN

  •  Sebelum memulakan perjalanan, calon perlu mengesan hazard menggunakan cermin dengan betul supaya dapat berwaspada
  • Calon juga perlu memberi isyarat yang betul dalam tempoh yang mencukupi
  • Jangan lupa gunakan gear yang betul bagi memulakan perjalanan
  • Toleh untuk periksa blind spot
  • Lepaskan brek tangan sebelum bergerak
  • Gunakan pemecut / cekam dengan baik

MEMANDU DI JALAN LURUS

  • Calon perlu memegang dan memusing stereng dengan betul
  • Jangan lupa guna gear yang sesuai mengikut kelajuan
  • Memandu pada kelajuan yang sesuai
  • Memandu di lorong yang betul dengan kelajuan berdasarkan aliran lalu lintas
  • Pastikan jarak mengekor yang selamat
  • Pastikan memotong dengan selamat dan tukar lorong apabila perlu
  • Mengesan hazard menggunakan cermin dengan betul
  • Memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak
  • Mematikan lampu isyarat selepas digunakan
  • Menoleh untuk memeriksa blind spot
  • Melepaskan kaki di atas cekam / brek semasa memandu
  • Membrek dengan baik dan lancar

Semasa memandu di jalan lurus, calon perlu pastikan:-

  1. Patuhi had laju yang ditetapkan
  2. Memberi isyarat sebelum melakukan olah gerak
  3. Mengawal stereng dengan baik
  4. Tidak memasuki lorong pemandu lain kecuali semasa memotong
  5. Mengamalkan peraturan memotong
  6. Mematuhi peraturan garisan terus / garisan berkembar / chevron

MEMANDU DI PERSIMPANGAN

  • Calon perlu mengesan hazard menggunakan cermin yang betul
  • Memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak
  • Menggunakan kelajuan dengan cara efektif
  • Menggunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan
  • Memberhentikan kenderaan pada jarak yang selamat (2 meter) dengan cara efektif
  • Menggunakan brek tangan dengan betul
  • Memastikan gear dalam keadaan bebas N
  • Menekan pedal brek semasa berhenti
  • Memilih gear yang sesuai bagi meneruskan perjalanan
  • Menggunakan pemecut / cekam dengan efektif bagi melepasi dan menjauhi persimpangan
  • Menoleh untuk memeriksa blind spot
  • Mematikan lampu isyarat selepas digunakan
  • Memegang dam memusing stereng dengan betul

Semasa memandu di persimpangan, calon perlu pastikan:-

  1. Berhenti di persimpangan
  2. Berhenti di belakang garisan berhenti
  3. Memberi isyarat sebelum melakukan olah gerak
  4. Mengambil lorong yang betul semasa membelok
  5. Mematuhi lampu isyarat
  6. Berhenti di posisi atau lorong yang betul dan selamat
  7. Melakukan olah gerak yang betul dan selamat

 

MEMBELOK KE KIRI DAN KANAN

  • Calon perlu mengesan hazard menggunakan cermin yang betul
  • Memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak
  • Menoleh untuk memeriksa blind spot
  • Mengurangkan kelajuan dengan cara efektif
  • Menggunakan gear yang yang sesuai mengikut kelajuan
  • Mengawal pemecut / cekam yang efektif
  • Memegang dam memusing stereng dengan betul
  • Menukar lorong dengan lancar

Semasa memandu di persimpangan, calon perlu pastikan:-

  1. Memberi isyarat sebelum melakukan olah gerak
  2. Melakukan olah gerak yang betul dan selamat
  3. Berhenti di belakang garisan berhenti
  4. Mematuhi arahan lampu isyarat
  5. Memandu di posisi atau lorong yang betul dan selamat
  6. Memandu / membelok ke kiri atau ke kanan dengan berwaspada

MEMandu di selekoh

  • Calon perlu mencari hazard menggunakan cermin yang betul
  • Mengurangkan kelajuan dengan cara efektif sebelum memasuki selekoh
  • Menggunakan gear yang yang sesuai mengikut kelajuan
  • Memegang dam memusing stereng dengan betul
  • Tidak membrek dan menukar gear di selekoh
  • Menggunakan pemecut dengan efektif bagi melepas dan menjauhi selekoh
  • Mengamal peraturan jarak mengekori dengan selamat

Semasa memandu di selekoh, calon perlu pastikan:-

  1. Mengawal stereng dengan baik di selekoh
  2. Tidak memasuki lorong pemandu lain semasa dalam selekoh
  3. Tidak memotong semasa di selekoh

MEMandu di BULATAN / LALUAN SUSUR

 

  • Calon perlu mengesan hazard menggunakan cermin yang betul
  • Memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak
  • Menoleh untuk memeriksa blind spot
  • Mengawal kelajuan dengan cara efektif
  • Menggunakan gear yang yang sesuai mengikut kelajuan
  • Mengamalkan peraturan jarak mengekori dengan selamat
  • Mengawal stereng dengan baik semasa membelok
  • Memegang dam memusing stereng dengan betul

Semasa memandu di bulatan / laluan susur, calon perlu pastikan:-

  1. Melakukan olah gerak yang betul dan selamat
  2. Memandu di posisi atau lorong yang betul dan selamat
  3. Memberi isyarat sebelum melakukan olah gerak
  4. Memberi laluan kepada kenderaan dari arah kenderaan sebelum memasuki bulatan

MEMandu di KAWASAN SEKOLAH / PERUMAHAN & LAIN-LAIN

  • Calon perlu mencari hazard menggunakan cermin yang betul
  • Mengurangkan kelajuan dengan cara efektif sebelum melakukan olah gerak
  • Memberikan reaksi yang sesuai kepada hazard (lampu/hon)
  • Mengurangkan kelajuan berdasarkan had laju yang sesuai
  • Menggunakan gear yang sesuai megikut kelajuan
  • Memandu dengan jarak yang selamat

Semasa memandu di kawasan sekolah / perumahan dan lain-lain, calon perlu pastikan:-

  1. Melakukan olah gerak yang betul dan selamat
  2. Tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan
  3. Memberi keutamaan kepada pengguna jalan raya yang lain
  4. Memandu di posisi atau lorong yang betul