PAGES

Kenali kami

Kami Azhan LP Enterprise telah bertapak di arena internet sejak bulan Ogos 2008 dan secara offline sejak 8 tahun yang lalu. Atas sokongan anda semua, kami akan terus mengorak langkah ke hadapan insyallah. Kami mengalu-alukan komen anda mengenai blog & service kami. Sila emailkan komen tersebut di email kami azhanlpenterprise@yahoo.com. Jangan lupa singgah ke blog kami selalu. Terima kasih.

Categories

KOMEN TERKINI

Blog student & x-student

Forum

Link

CHAT BERSAMA KAMI


ShoutMix chat widget
Belajar Memandu on Facebook

META

Promosi Lesen Memandu

1st January 2010

 Salam dan Selamat Sejahtera.

Kami sedang membuat promosi kepada semua peringkat usia yang ingin mendapatkan lesen memandu bersama kami.  Sebelum ini harga pakej dibawah hanya diberikan kepada golongan pelajar. Jadi cepat-cepatlah mendaftar bersama kami sebelum terlambat.

  • Lesen Kereta                                     RM750 RM690

  • Lesen kereta & Motosikal               RM950 RM890

  • Lesen B Full                                       RM550 

  • Lesen GDL                                         RM170

  • Lesen PSV Teksi                               RM350

Tawaran tersebut adalah terhad kepada bakal calon yang boleh datang terus ke LRT Terminal Putra Gombak,  dan kawasan-kawasan tertentu iaitu yang berdekatan dengan kawasan Gombak. Jadi bertindaklah sekarang untuk mengetahui pakej kami dengan menghubungi kami. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

  • Bagi yang gemarkan SMS, anda boleh terus sms ke ‘Cikgu Azhan’ 012-375 3577
  • Yang nak feedback lebih cepat, hubungi terus ‘Cikgu Azhan’ 012-375 3577 atau pejabat 03-6188 6577.
  • YM id: areyou_8084 atau klik kat ikon ikan buntal di tepi  sebelah kiri blog kami.
  • Chat kat Shoutmix pun boleh juga.
  • Datang terus ke pejabat kami.

Terima kasih.

Post tags:

Assalamualiakum & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog kami!

gambarcikgum_7da1ab51

   www.belajarmemandu.net adalah milik penuh Azhan LP Enterprise (001836155-U) yang mana pemiliknya adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang instruktor pemanduan selama lebih kurang sepuluh tahun. En Azhan Omar telah mengikuti kursus SPIM yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu kursus yang wajib dihadiri bagi setiap instruktor pemanduan di seluruh Malaysia.

   Azhan LP Enterprise merupakan rakan kongsi Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn. Bhd. yang mana Institut Memandu ini adalah antara yang terawal dibuka di Malaysia dan semua litar memandunya adalah mengikut spesifikasi JPJ. Ini bermakna kami akan menghantar semua pelajar kami di Institut Memandu tersebut yang terletak di Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah praktikal kepada anda kerana semua kursus, bengkel, amali pemanduan dan ujian JPJ akan diadakan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Memandu tersebut.

  Azhan LP Enterprise menawarkan perkhidmatan pemanduan pelbagai jenis kenderaan yang menjanjikan keselesaan kepada para pelajarnya dengan hanya seorang instruktor untuk seorang pelajar dan tenaga pengajar kami adalah yang bertauliah dan berkhemah tinggi insyaallah.

Post tags:

Perkhidmatan kami

4th August 2008

Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah seperti berikut: 

  • Lesen Kereta ( Lesen Kelas D)
  • Lesen Motosikal (Lesen Kelas B2 & Lesen B Full)
  • Lesen Lori (Lesen Kelas E)
  • Lesen GDL
  • Lesen PSV Bas, Lesen PSV Teksi
  • Belajar kemahiran memandu kereta
  • Perkhidmatan renew roadtax & insuran kereta online

Pengangkutan adalah Percuma di kawasan sekitar:

  • UIA Gombak, BMI, Jalan Gombak, Greenwood,  Stesen  PUTRA LRT Gombak
  • Taman Sri Gombak, Taman Samudra , Taman Selasih, Taman Desa Minang, Taman Gombak, Taman Melewar, Taman Rowter
  • Selayang, Taman Nakhoda, Pinggiran Batu Caves, Wira Damai
  • Taman Melati, Taman Ibu Kota, Danau Kota
  • Wangsa Maju, Setapak, Jalan Genting Kelang
  • Taman Permata, Kemensah Heights, Taman Melawati, Hulu Kelang
  • Kepong, Taman Ehsan
  • Sentul,Sentul Timur, Kg Batu Muda Tambahan

Keistimewaan Belajar Bersama Kami:

  1. Percuma pengangkutan dari rumah, kolej atau tempat kerja anda
  2. Percuma buku ujian undang-undang
  3. Bayaran secara ansuran sehingga 4 kali
  4. Tenaga pelajar yang berpengalaman, berkhemah tinggi, dan mempunyai Sijil SPIM
  5. Kursus, bengkel, belajar memandu dan ujian JPJ di tempat yang sama iaitu di Institut Memandu Gabungan SKEM
  6. Waktu pembelajaran yang fleksibel mengikut persetujuan pelajar dan instructor
  7. Kaedah pembelajaran yang mudah hanya ikut langkah demi langkah
  8. Perlindungan insuran untuk semua calon.
Post tags:

Tenaga pengajar kami

27th July 2009

 gmbr-faizal

Kini Azhan LP Enterprise telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan menghantar seorang lagi staf kami iaitu Encik Faizal Zahari ke kursus SPIM dan beliau telah lulus ujian-ujian yang telah ditetapkan oleh JPJ semasa kursus tersebut dengan jayanya. Kini ‘Cikgu Faizal’ telah menjadi tenaga pengajar kami setelah ditauliahkan sijil kursus SPIM tersebut. Tahniah kepada ‘Cikgu Faizal’.

Post tags:

Pelajar luar kawasan

16th February 2009

Peta Stesen LRT Putra, Stesen LRT Star dan Stesen Komuter

Calon di luar kawasan yang kami senaraikan sebelum ini masih boleh mendaftar dengan kami. Tetapi kami hanya akan sediakan pengangkutan di stesen komuter atau LRT yang kami senaraikan dibawah:

  1. Stesen LRT Terminal Putra Gombak
  2. Stesen LRT Star Sentul Timur
  3. Stesen Komuter Sentul

Sila rujuk peta LRT di atas untuk kemudahan LRT di tempat anda ke kawasan kami. Kepada calon di dalam kawasan pengangkutan kami, kami berikan percuma pengangkutan pergi dan balik ke tempat anda sehingga ujian JPJ.

Post tags:

© 2008-2010 Azhan LP Enterprise All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright