Dewan Kursus
Tempat Parking
Litar Belajar Memandu
Di atas adalah litar yang akan digunakan oleh anda semasa melalui proses pembelajaran dengan kami. Anda perlu mahirkan diri dengan teknik-teknik yang diajar oleh pengajar. Ini adalah penting untuk anda kuasai kemahiran belajar memandu kereta yang sudah pastinya akan digunakan semasa memandu kelak.
Semasa ujian JPJ nanti, anda akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:
- Ujian praktikal bahagian 2: Bukit, Parking & 3 Penjuru
- Ujian praktikal bahagian 3: Jalanraya
LITAR BELAJAR MEMANDU MOTOSIKAL
Gambar di atas pula adalah litar belajar memandu motosikal yang akan anda gunakan. Semasa proses pembelajaran, anda perlu juga mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar.
Semasa ujian nanti, anda akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:
1. Ujian praktikal bahagian 2:
- Pusingan angka 8
- Meniti di atas papan
- Menunggang di antara kon
- Brek kecemasan
- Menunggang di selekoh tajam
2. Ujian praktikal bahagian 3:
- Menunggang di jalan raya
Ya kena belajar on the road untuk belajar litar.
Salam sejahtera, saya shima dari Batu Muda KL, Saya seorang OKU anggota, (boleh memandu kereta auto tanpa perlu ubahsuai sekiranya diajar) kerana saya tiada kenderaan sendiri.saya ingin dapatkan maklumat institut memandu encik sediakan kelas memandu untuk OKU ke?
sekiranya tiada encik ada maklumat kelas memandu bg OKU sekitar KL? Harap dapat maklumbalas.
terima kasih
Salam cikgu,
Saya dah ada lesen b2, jika nak tambah lesen bfull berapa harga?
Perlukah saya membuat ujian praktikal utk mendapatkan lesen bfull?
Berapa lama prosesnya… bole balas di emel sayz
Terika kasih
Arin
Pingback: Homepage
Cekgu nak tanya, boleh ke orang asing ambil lesen motor kelas B berkuasa tinggi…
slm, cekgu nak tanya boleh ke orang asing ambil lesen memandu motor kelas B full.?