Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

PROSEDUR yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:

1) Mendaftar dengan Azhan LP yang merupakan rakan niaga Institut Memandu Skem dengan: 

  • Datang ke pejabat kami di Pinggiran Batu Caves, atau
  • Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama. Anda hanya perlu call dan sms nama, no phone berserta tarikh untuk kursus KPP01.

2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus (KPP01) (6 Jam)

  • Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen Motosikal) dan genap 17 tahun  (lesen kereta)
  • Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
  • Pakaian Perempuan: Bertudung dan memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut.
  • Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal dan salinan.
  • Jadual: Kursus KPP Kereta ada pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad sahaja.  

3)Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

  • Tempat: MYEG Danau Kota
  • Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Dokumen: Kad pengenalan, nombor siri buku dan RM10 (gambar)

Anda perlu menghubungi kami sehari sebelum tarikh untuk ujian. Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.  

Jika anda mengambil dua kelas lesen B2D, jumlah soalan adalah 70 dan perlu lulus 59/70. Pastikan anda membaca buku terutamanya bab sistem Kejara untuk mengelakkan anda gagal.

4)Anda akan perolehi lesen LDL

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh seminggu.

5)Latihan Demo (KPP02) 
  • Kelas D 5 1/2 jam 
  • Kelas B2 9 1/2 jam

Sila bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.

6)Belajar Memandu (KPP03)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.

Kelas D – 10 Jam 

Kelas B2/B Full – 4 Jam

Pastikan anda membawa ic dan lesen L serta berkasut

7)Ujian Penilaian (QTI)

Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.

8)Ujian Praktikal

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu:

Sesi 1: 8.30 pagi

Sesi 2: 11.00 pagi

Sesi 3: 2.00 petang

Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.

Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)Ujian bahagian 2:

i) Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit

ii)Parking & 3 penjuru

b)Ujian bahagian 3:

Jalanraya

8) Lesen Memandu percubaan ‘P’

Tambahan RM60 + RM20 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. 

245 Responses to Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

  1. Salam Nurul hidayah, InsyAllah sempat untuk awak settlekan lesen B2D utk L dan P jika tiada apa2 masalah dan penanguhan.

  2. Salam,sy nk tyer…sy sudah ada Lesen L,sy sempat belajar memandu 2jam..lps 2 sy mahu bertukar tempat belajar…jika sy mahu membuat penyambungan di tempat ini…berapakah bayarannya…???dan apakah prosedur yg selanjutnya..??

  3. Salam, tiada masalah utk Sara boleh sambung di AzhanLP. Harga jika dah ada lesen L adalah RM450 sahaja sehingga test JPJ. Awak hanya tinggal step belajar memandu 10 jam dan test JPJ sahaja.

    Sila hubungi saya 0123753577 untuk mendaftar.

  4. Hi Eric, kos untuk lesen B ika dah ada lesen kelas B adalah RM450 sahaja. Awak hanya perlu belajar 4 kali dan test JPJ. Sila hubungi saya di 0123753577 Azhan untuk mendaftar.

    Awak hanya perlu bawa ic, lesen, gambar 2 keping dan wang pendaftaran RM250 semasa datang ke pejabat saya nanti. Baki RM200 bayar semasa test JPJ.

    Sekian terima kasih

  5. Salam Ayie,

    Jika dah ada lesen B2 dan nak tambah kelas B Full, prosedurnya adalah kena buat lesen L, belajar 4jam (max) dan test JPJ.
    Sekian terima kasih

  6. kalau ada saman JPJ kena settlekan dulu, kalau saman pdrm biasanya lepas. apa2 pun kena check dulu

  7. Kos untuk ambik lesen B2D (kereta & motosikal) adalah RM890 @ RM950 seperti di website saya. Sila hubungi saya untuk mendaftar

  8. fathiah, awk ada masa setahun dari tarikh masuk kursus KPP untuk ambil test tersebut. Tiada had berapa kali dikenakan. brtul kata Myra, cuma bayar je RM27 utk kelas D @ B2D. Jika kelas B2 hanya RM17 sahaja.

  9. Salam, saya dah ambil ujian theory (kpp test) jadi boleh ke saya pergi terus ke pusat memandu kemudian maklumkan?

    – selepas dapat lesen L, berapa lama nak tunggu untuk ujian untuk dapatkan lesen P? Sebab setahu saya sebulan…tapi rasanya tak sempat, bulan 6 dah nak sambung bljar…

    Help me.. Thanks :))

  10. Saya ada lesen D, apa saya perlu buat utk dpt kan lesen B full ? Berapa kos hingga test JPJ ?

  11. Salam..saya hendak bertanye kalau lesen L saya sudah tamat tempoh adakah saya kena bayar wang yg sama??

  12. Saudara Riduan, maaf kerana kami kurang faham persoalaan tersebut kerana terlalu general.

  13. biasanya kami akan proses dalam masa 2 ke 3 hari selepas test JPJ.

  14. Najwa, harga seperti yang tertera, lesen kereta sahaja RM690 @ Rm750

  15. Sekiranya sudah memiliki lesen B (Kompeten), perlukah menduduki semula ujian teori (KPP Test) untuk mengambil lesen kereta..??

    **ingin mengambil lesen kereta (D)

  16. Jika awak dah ada lesen B, awak tidak perlu masuk kursus KPP dan ujian komputer lagi. Sila hubungi saya di 0123753577 Azhan atau timggalkan pesanan ringkas. TQ

  17. Sekarang sy msh bljr utk dptkan lesen kereta(D).blh x sekiranya sy memohon utk mengambil lesen B2 pula.

  18. Lesem L saya dah tamat tempoh 15/7/2013. Boleh ke renew lagi. Terlupa nk renew..

  19. Salam, I nak renew Lesen L (B2) yang dah lebih 3 tahun & saya dah ada lesen D tahun sejak 2000, bolehkah saya renew lesen L (B2) motorsikal saya, terima kasih.

  20. salam, sy nk tanya boleh tak amik lesen motor dan kereta di sekolah memandu yg berlainan dalam satu masa.

  21. Salam, kena buat tempat yang sama atau tukar terus ke sek memandu yang baru untuk proses kedua2 lesen

  22. erna yusnida

    salam , kalau nak buat lesen kereta sahaja brpe erk ?

  23. salam

    saya punya lesen l tuk b2 dah mati..sya x sempat nak abiskan blja 10 jam tu..so sya nak continue blja..kna aktif kan lesen l tu..so brapa harga tuk aktifkan lesen l tuk b2…

  24. Harga untuk tambah kelas D adalah RM580 sahaja. Dah tak perlu masuk kursus KPP dan ujian komputer. Call saya untuk upgrade kelas lesen awak.. Terima kasih

  25. Salam,
    kalau ada lesen memandu d tapi nak tambah lesen b2 macam mana? Saya pandu kereta tak pakai p lagi, bila dapat lesen motor b2 kena pakai P lagi ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

11,420 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>