Mendaki dan menuruni bukit

MENDAKI DAN MENURUNI BUKIT

Tujuan ujian ini dibuat untuk:-

  • Pastikan pemandu dapat berhenti dengan selamat di kawasan tidak rata atau berbukit.
  • Pastikan pemandu dapat mengawal stereng dan brek dengan betul dan selamat.

Dalam ujian mendaki bukit, perkara yang calon perlu lakukan:-

  1. Mengagak kecuraman bukit bagi memastikan penggunaan pilihan gear yang betul
  2. Gerakkan kenderaan ke hadapan dengan menggunakan gear
  3. Kawal kelajuan kenderaan supaya dapat memberhentikan kenderaan pada kecerunan bukit dalam masa 3 minit
  4. Berhenti sepenuhnya dengan memastikan roda hadapan berada di atas garisan kuning serta  memastikan enjin kenderaan tidak mati
  5. Menarik brek tangan dan mengangkat tangan setelah berpuas hati, kaki masih di posisi brek dan cekam
  6. Bersedia untuk menerima arahan untuk bergerak ke hadapan

Selepas itu, dalam ujian menuruni bukit, perkara yang calon perlu lakukan:-

  1. Lepaskan brek tangan
  2. Tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan bagi mendapat kelajuan yang sesuai dan selamat bagi melepasi bukit tanpa melanggar garisan dan objek di hadapan
  3. Mengamalkan rutin yang betul dan selamat semasa memberhentikan kenderaan

Dalam ujian ini, perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon ialah:-

  1. Berhenti dan meletakkan kedua-dua roda hadapan tidak melebihi 50% di atas garisan kuning secara berterusan
  2. Tidak melanggar atau menyentuh garisan benteng atau tiang penanda semasa mendaki atau menuruni bukit
  3. Kedua-dua roda hadapan tidak berundur melebihi 50% dari garisan kuning
  4. Melakukan pergerakan mendaki dalam masa 3 minit
  5. Tidak terlibat dalam kemalangan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *