RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)
Dalam bahagian ni, calon perlu buat pemeriksaan luaran kenderaan, ruangan enjin dan but kenderaan.
Untuk pemeriksaan luaran kenderaan, calon perlu periksa:-
- Tayar (termasuk tayar ganti)
- Lampu (lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat, lampu brek, lampu brek ketiga dan lampu undur)
- Bilah pengelap cermin / wiper
- Badan kenderaan (nombor plat kenderaan, bamper, penutup but dan bonet, cermin sisi, pintu dan tingkap)
- Cermin kereta
Seterusnya, untuk pemeriksaan di ruangan enjin, calon perlu periksa:-
- Aras dan kualiti bendalir dalam minyak enjin, minyak brek, minyak stereng kuasa dan minyak gear.
- Periksa paras air dalam radiator, tangki simpanan dan bateri
- Periksa tali sawat
- Periksa hos
Yang terakhir sekali, calon perlu buat pemeriksaan but kenderaan untuk pastikan tools yang dalam senarai bawah ni ada dan dalam keadaan yang baik.
- Tayar gantian
- Tanda amaran tiga segi
- Kotak ubat dan buku panduan
- Lampu suluh
- Alat pemadam api jenis kering
- Jek dan pemutar
- Pembuka nat roda
- Peralatan pembaikan
- Sepana boleh laras
- Kabel jumper
- Tali untuk tunda
- Alat pemutar skru
- Sepana palam pencucuh
- Pelbagai jenis sepana
- Playar
- Satu tabung mengandungi air bersih
Tujuan RPK dibuat adalah untuk:-
- Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan
- Memastikan kenderaan dalam keadaan baik sepanjang perjalanan
- Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal kenderaan
Calon boleh guna keyword POWDER semasa melakukan RPK
P | PETROL | Bahan Api | Bahan api kenderaan iaitu petrol, diesel atau NGV |
O | OIL | Minyak | Minyak pelincir, brek, cekam, stereng dan gear |
W | WATER | Air | Air radiator, bateri dan pencuci cermin |
D | DAMAGE | Kerosakan | Kerosakan pada badan kenderaan, cermin dan lain-lain |
E | ELECTRIC | Elektrik | Bateri, motor penghidup, lampu dan wayar |
R | RUBBER | Getah | Tayar, hos, bilah pengelap cermin dan tali sawat |