Memandu di selekoh ‘S’ dan ‘Z’
how to write an essay tips and tricks paperhelp how to write cv on word
Memandu di Selekoh ‘S’ dan ‘Z’
Selepas melakukan RPK dan RSM, calon perlu membuat ujian memandu di selekoh ‘S’ dan ‘Z’
Calon perlu memandu di selekoh ‘S’ dengan tujuan untuk memastikan kemampuan mengawal stereng dengan baik di selekoh dengan perlahan dan berterusan
Manakala memandu di selekoh ‘Z’ dapat memastikan kemampuan mengawal serta mengendalikan kenderaan di laluan sempit secara berterusan
Apa yang penting semasa membuat ujian di selekoh ‘S’ dan ‘Z’, calon perlu:-
- Mengamalkan CITO
- Menekan minyak dan jika perlu turunkan ke gear 3 sahaja supaya dapat mengawal kenderaan melepasi selekoh tanpa melanggar garisan atau objek di hadapan.
- Pastikan tangan memegang stereng pada kedudukan yang betul dengan menggunakan teknik tarik dan tolak semasa melalui selekoh.
- Elak menukar gear dan membrek semasa melalui selekoh.
- Kekal kelajuan semasa melalui selekoh sehingga keluar daripada laluan
Dalam ujian ini, perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon ialah:-
- Tidak melanggar atau menyentuh benteng dan garisan semasa melakukan pergerakan
- Berhenti di persimpangan
- Melakukan pergerakan melalui selekoh ‘S’ dan ‘Z’ dalam masa 3 minit
- Tidak terlibat dalam kemalangan