Mendaki dan menuruni bukit
This enjoy triangle, along with the https://www.reddit.com/r/CertifiedWriters/comments/s9vwpt/paperell_review/ up. Authentic texts guarantee that there’s no cheating associated, when
MENDAKI DAN MENURUNI BUKIT
Tujuan ujian ini dibuat untuk:-
- Pastikan pemandu dapat berhenti dengan selamat di kawasan tidak rata atau berbukit.
- Pastikan pemandu dapat mengawal stereng dan brek dengan betul dan selamat.
Dalam ujian mendaki bukit, perkara yang calon perlu lakukan:-
- Mengagak kecuraman bukit bagi memastikan penggunaan pilihan gear yang betul
- Gerakkan kenderaan ke hadapan dengan menggunakan gear
- Kawal kelajuan kenderaan supaya dapat memberhentikan kenderaan pada kecerunan bukit dalam masa 3 minit
- Berhenti sepenuhnya dengan memastikan roda hadapan berada di atas garisan kuning serta memastikan enjin kenderaan tidak mati
- Menarik brek tangan dan mengangkat tangan setelah berpuas hati, kaki masih di posisi brek dan cekam
- Bersedia untuk menerima arahan untuk bergerak ke hadapan
Selepas itu, dalam ujian menuruni bukit, perkara yang calon perlu lakukan:-
- Lepaskan brek tangan
- Tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan bagi mendapat kelajuan yang sesuai dan selamat bagi melepasi bukit tanpa melanggar garisan dan objek di hadapan
- Mengamalkan rutin yang betul dan selamat semasa memberhentikan kenderaan
Dalam ujian ini, perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon ialah:-
- Berhenti dan meletakkan kedua-dua roda hadapan tidak melebihi 50% di atas garisan kuning secara berterusan
- Tidak melanggar atau menyentuh garisan benteng atau tiang penanda semasa mendaki atau menuruni bukit
- Kedua-dua roda hadapan tidak berundur melebihi 50% dari garisan kuning
- Melakukan pergerakan mendaki dalam masa 3 minit
- Tidak terlibat dalam kemalangan