Prosedur Lesen Memandu

carta-pembelajaran

Langkah-langkah yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:

1)Mendaftar dengan Azhan LP Enterpriseyang merupakan rakan kongsi Institut Memandu SKEM dengan:

a)Datang ke pejabat kami untuk proses pendaftaran dan pembayaran deposit, atau

b)Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama. Anda hanya perlu call/sms nama, no phone, dan tetapkan tarikh untuk masuk kursus. Kami akan segera menghubungi anda untuk proses tersebut,

c)Call untuk buat appointment di talian 03-61886577 atau 012-3753577 Azhan

2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus KPP (5 Jam)

Kursus ini akan diadakan pada setiap setiap hari kecuali hari jumaat, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Jangan lupa pakai kasut atau sandle bertutup dan berpakaian sopan serta tidak boleh hadir lewat dari masa yang telah ditetapkan.

3)Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

Setelah menduduki Kursus KPP, anda perlu membuat ujian teori berkomputer. Anda perlu buat booking dengan menghubungi kami setelah anda bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Booking perlu dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum ujian undang-undang dibuat.

Markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50. Anda boleh membuat latihan 500 soalan daripada buku latihan ujian undang-undang jalanraya yang boleh didapati secara percuma jika mendaftar dengan kami. Majoriti soalan akan keluar dari soalan tersebut. Sila ambil perhatian tentang contoh-contoh soalan yang akan keluar semasa menghadiri kursus KPP.

Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna. Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10.

4)Kursus PRA-L (6 jam)

Jika anda mengambil kedua-dua kelas iaitu lesen memandu kereta dan lesen memandu motosikal, anda dikehendaki hadir kedua-dua kursus tersebut pada hari yang berlainan.

5)Anda akan perolehi lesen L

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh 3 hari berkerja ke seminggu.

6)Belajar Memandu (10 jam)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.

7)Ujian Praktikal

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu:

Sesi 1: 8.30 pagi

Sesi 2: 11.00 pagi

Sesi 3: 2.00 petang

Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.

Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)Ujian bahagian 2:

i)Bukit

ii)Parking & 3 penjuru

b)Ujian bahagian 3:

Jalanraya

8) Lesen Memandu percubaan ‘P’

Tambahan RM60 + RM10 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. Semoga anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

189 Responses to Prosedur Lesen Memandu

  1. Salam,

    Kos untuk tambah kelas B2 jika dah ada lesen kereta adalah RM300 sahaja.
    Jika sekarang lesen awak dah CDL, nanti dah tak perlu tampal P lagi sebab akan follow lesen kereta..

  2. Kalau sekarang dah lesen CDL, nanti tambah lesen B2 dah tak perlu tampal P kerana akan follow lesen kereta.

  3. Tak ada masalah jika nak sambung buat lesen P di mana-mana negeri. Mungkin IM akan perlukan surat perlepasan dari IM asal.

  4. walaikumussalam… untuk tambah kelas lesen E(lori), encik perlu datang Ke pejabat untuk pendaftaran. Kos keseluruhan adalah rm750. Boleh buat ansuran dengan bayaran permulaan rm250.
    Encik tak perlu lagi masuk kursus kpp dan ujian komputer. .
    Hubungi kami di talian 0123753577 azhan omar utk keterangan lanjut.

  5. Boleh Azura. Inform dengan cikgu kereta awak untuk tambah kelas b2.

  6. Ajak sila call saya utk lebih detail nk semak no ic

  7. Jika leeen motir rm400 shj. Ya boleh tapi kena dtg awal sblm kursus bermula. Hubungi saya 0123753577 azhan

  8. Salam admin, saya sudah ada Lesen Kereta full, dan sekarang saya nak tambah lesen motor pulak. Apakah prosedurnya? Dan saya pernah ade lesen L motor tiga tahun lepas dan dah tamat tempoh lama dah, lesen tu saya dah hilang pun. Jadi macam mana eh?

  9. Salam, lesen kereta sahaja RM690 atau RM750 mengikut lokasi.

  10. Lesen kereta dari pendaftaran hingga test JPJ adalah RM690 atau RM750 mengikut lokasi.

  11. Salam Hafif, untuk tambah kelas lesen B2 sampai test JPJ adalah RM300 sahaja dan jika sampai L RM200 sahaja

  12. Salam, saya dah ade lesen b2 sejak tahun 2011, jika saya nk tmbh kelas D, saya perlu ambil lesen L balik ke?

  13. Salam Shahrul, kalau lesen L awak (masa buat tahun 2011) dah ada kelas D sekali tak perlu buat L lagi, boleh guna utk tambah kelas D dengan harga RM450 sahaja.

    Jika tak ada, kena buat L dengan kos RM580 sampai test JPJ.

  14. Salam, harga seperti yang tertera di website iaitu RM690 atau RM750

  15. Salam,

    Shasha boleh renew di Jpj dengan harga RM30 untuk tempoh 3 bulan. dan boleh mula belajar semula. Terima kasih

  16. Harap Fakhri dapat call saya. TQ

  17. salam, saya nk tanya, saya dah lulus test jpj tp tk sempat nk buat lesen p, so, ada tmpoh masa ke lepas test jpj untk utk buat lesen p? kalau ada , sy perlu ambil test jpj balik ke kalau dah lepas dari tempoh tu?

  18. Sy nk tnye, kalau sy dh ade lesen L moto,then nk bt lesen kete,perluke sy amik L lg skali?atau trus msuk kelas untuk kete je

  19. Lesen P Kalau expired boleh x renew?
    tapi saman Pdrm 10 dan AES 1

    macam mana cara kita kena settlekan dulu ke atau pon ada cara

    check myeg belum black list lagi .

  20. Salam, Jika dah ada lesen motosikal dan nak tambah kereta, awak tak perlu lagi masuk kursus KPP dan ujian komputer, tapi kena juga buat lesen L untuk kereta.

    Kos untuk buat lesen L, belajar 10 jam dan test JPJ adalah RM580 sahaja.

    Awak boleh buat bayaran secara ansuran dengan bayaran permulaan adalah RM200 dan bakinya semasa test JPJ.

    Jika berminat boleh buat pendaftaran di borang pendaftaran online kami dengan klik link tersebut

    http://belajarmemandu.net/?p=1085

  21. salam,

    saya da ad lesen kete, nk amik lesen moto, perlu hadir kursus kpp and ujian komputer x?

    tq

  22. assalamu alaikum saya nak cari seorang wanita untuk ajar saya memandu sampai dapat lesin boleh call saya di nombor ini
    saya dari k.l taman melati setapak
    0132737078.TQ

  23. Salam. .Admin,saya sudah ada lesen kereta. .Lesen motor saya pulak sudah 1 tahun x renew.Perlu ke saya mengambil ujian komputer dan dgr kursus KPP semula????tolong ye..

  24. Salam Syima Aida,

    Awak tak perlu masuk kursus KPP dan ujian komputer lagi.
    Jika berminat untuk mendaftar, bolehlah call saya atau datang ke pejabat.

    Terima kasih.

  25. Lea Ya, awak perlu dapatkan surat untuk jumpa doktor berkenaan buta warna di JPJ dan terus ke Hospital untuk berjumpa doktor. Doktor akan check mata awak dan akan sahkan yang awak tiada masalah dan doktor akan turunkan tandatangan. Surat itu akan diserahkan semula ke sekolah memandu yang berkenaan atau serahkan sendiri di JPJ.

  26. Hi Voonyuwei, awak perlu dapatkan surat di JPJ untuk jumpa doktor berkenaan buta warna tersebut. Pergi terus ke Hospital untuk berjumpa doktor dan doktor akan buat ujian buta warna. Jangan risau jika awak tidak mempunyai masalah buta warna. Mungkin semasa ujian komputer tersebut, anda nervous atau gementar menduduki ujian.

    Surat itu nanti akan diserahkan semula ke sekolah memandu yang berkenaan atau serahkan sendiri di JPJ.

    Harap Maklum

  27. Salam Siti Khadijah, ya awak boleh sambung dengan mengikuti kursus KPP dan step2 seterusnya. Boleh hubungi kami untuk mendaftar. TQ

  28. kalau saya dah ada lesen kereta..saya nak ambil lesen motor kena bayar bape ek?ada ujian komputer lg tak?

  29. kalau dah ada lesen kereta tak perlu kpp dan ujian komputer lagi. Boleh call saya untuk pendaftaran. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>