Langkah Mendapatkan Lesen Memandu
PROSEDUR yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:
1) Mendaftar dengan Azhan LP yang merupakan rakan niaga Institut Memandu Skem dengan:
- Datang ke pejabat kami di Pinggiran Batu Caves, atau
- Daftar, bayar dan terus masuk kursus KPP pada hari yang sama. Anda hanya perlu call dan sms nama, no phone berserta tarikh untuk kursus KPP01.
2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus (KPP01) (6 Jam)
- Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
- Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen Motosikal) dan genap 17 tahun (lesen kereta)
- Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
- Pakaian Perempuan: Bertudung dan memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut.
- Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal dan salinan.
- Jadual: Kursus KPP Kereta ada pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad sahaja.
3)Ujian bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)
- Tempat: MYEG Danau Kota
- Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
- Dokumen: Kad pengenalan, nombor siri buku dan RM10 (gambar)
Anda perlu menghubungi kami sehari sebelum tarikh untuk ujian. Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.
Jika anda mengambil dua kelas lesen B2D, jumlah soalan adalah 70 dan perlu lulus 59/70. Pastikan anda membaca buku terutamanya bab sistem Kejara untuk mengelakkan anda gagal.
4)Anda akan perolehi lesen LDL
Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh seminggu.
5)Latihan Demo (KPP02)
- Kelas D 5 1/2 jam
- Kelas B2 9 1/2 jam
Sila bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.
6)Belajar Memandu (KPP03)
Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.
Kelas D – 10 Jam
Kelas B2/B Full – 4 Jam
Pastikan anda membawa ic dan lesen L serta berkasut
7)Ujian Penilaian (QTI)
Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.
8)Ujian Praktikal
Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu:
Sesi 1: 8.30 pagi
Sesi 2: 11.00 pagi
Sesi 3: 2.00 petang
Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.
Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:
a)Ujian bahagian 2:
i) Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit
ii)Parking & 3 penjuru
b)Ujian bahagian 3:
Jalanraya
8) Lesen Memandu percubaan ‘P’
Tambahan RM60 + RM20 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya.
Assalammualaikum, admin
saya sudah memiliki lesen motor,
sekarang saya ingin mengambil lesen kete,
adakah saya perlu mengambil semula ujian komputer?
Assalamualaikum tuan,
Saya dah ada lesen CDL untuk kelas D kereta.
Saya baru nak ambil lesen B2, tapi lesen L saya dah hilang, nak kena ambik kelas dan ujian berkomputer semula ke?
pada pendapat tuan, patut saya ambil lesen B full terus, adakah kedua2 test hampir sama?
Salam,
Saya nak tanya..saya baru habis ambil KPP02 dan tgah tunggu instructor saya call utk lesson 10jam. Saya nak tahu selalu berapa lama nak tunggu ye? Sebab bila saya call instructor saya, dia cakap jpj test penuh so kena tunggu. Tapi dah nak sebulan takde call dari dia pon.Kalau ikut pengalaman admin berapa lama saya kena tunggu ye?
Saya gagal bhgian 2 dlm test motor…jd saya kena ulang bhgian dua la kn..tp saya nk smbung belajr…tamat tempoh lesen L saya still valid ke smpi bln 6 thn dpn….tarikh saya dpt lesen L saya 12/3/15
salam,
saya sudah memiliki lesen motor full, sekarang sy teringin nak ambil lesen kereta (D). sekarang untuk ambil lesen kene ikut sistem baru jadi perlukah sy ikuti kelas kkp dan ambil ujian berkomuter??
As salam,
tahun lepas saya gagal dlm ujian komputer lepas tu saya xambik semula ..rasanya dah tamat tempoh..mcm mana ya..kena ambik semula sebenar saya dh fed up gan komputer dah byk kali gagal ..en bleh wsapp saya 012 9322877
Mcm mne kalau orng yg buta warna?
sye skrng sudah lulus lesen p di sekolah memndu.. hanya belum buat lesen p di jpj.. brape lame ea tempoh untuk membuat lesen p di jpj setelah lulus di sekolah memandu… sepatutnya sekolah memndu yg buatkan tpi… tpi sye guna agen, agen tidak buat….
Boleh buat terus di JPJ dengan bawa test card, lesen L, ic dan gambar. Sila buat dalam tempoh 1 tahun, jika tidak awak kena test JPJ semula.
Harap jawapan saya membantu.
Salam…saya nak tanya kalau ada saman dari polis atau polis trafik boleh ke ambil lesen memandu??
Saya ada lesen L tapi agen saya lari after ajar saya 4 jam memandu.. if saya nak sambung berapa saya dikenakan untuk dptkan P
Assalamualaikum tuan,
Saya dah ada lesen CDL untuk kelas D kereta selama 7 thn sudah..
Saya baru nak ambil lesen B2, nak kena ambik kelas dan ujian berkomputer semula ke? ada nk ulang test motor ?
pada pendapat tuan, patut saya ambil lesen B full terus, adakah kedua2 test hampir sama? atau ada cara mudah tak nk dptkan terus lesen kelas B2 tu?
salam sejahtera,
kalau gagal ujian bertulis JPJ, berapa kali boleh ulang semula ujian ini?
Setiap ujian berapa tempoh masa untuk menjawab?
Tiada had untuk buat ujian bertulis JPJ Tina, cuma jangan lebih setahun dari kursus KPP01. Nanti kena masuk kursus semula.
Jawab dalam tempoh 1Jam sahaja termasuk ujian warna. Ujian warna pun ada timing juga. Berhati-hati
Nak tanya,, kalau lesen b2, memang jam kelas dia sepanjang kpp2 tu je ke ? Memang tak da kelas blaja moto selain kkp tu ke ?
Salam admin.
Sy nk tanye . Lepas dngr ceramah 8 jam tu . Ade limit tk berapa hari utk kita bolehh ambil ujian komputer . Kalau sy belum daftar utk ujian komputer setelah 2 bulan dngr ceramah 8 jam tu , adakah sy kena pegi ceramah 8 jam tu semula ?
Berapa lama untuk mengambil ujian computer?
nak tanya sikit kalau ambik lesen motor tapi umur tak genap 16 tahun boleh ke ?
salam. nak tanya sikit kalau nak ambik lesen motor tapi umur tak genap 16 tahun boleh ke? saya umur 16 tapi tarikh lahir 28.10. nak ambik lesen sekarang boleh ke?
Kalau saya gagal JPJ saya kena bayar lagi ke?
Nak tanya..saya sekarang dah ambil lesen L…tapi saya kena kerja jauh dengan tempat saya belajar memandu..boleh tak saya sambung belajar memandu di tempat belajar memandu yang lain?
Saya ada saman polis trafik tahun lepas boleh saya mohon lesen b2 jika saman belum bayar
Saya ada lesen l motor… Tapi saya dah dapat saman sbb bawa penumpang… Sekarang ni saya blh dapat x lesen P motor?
Hi admin, saya dah lulus ujian praktikal JPJ dan jpj serahkan borang warna putih & pink with P sticker. Boleh x saya sendiri submitkan doc tersebut pada jpj ataupun kena ada apa2 cop or doc??
Hai admin..nk tnye.sye da lls lesen P kete, boleh ke kite nk wt lesen p kat mne2 cawangan jpj?? Selain area dimana kite bljr? Lau iktkn dgr ympt bljr ahk mkn mse jgk.so nk wt sndri je kat jpj.
admin nak tanya sya dah lulus dalam ujian komputer dah seminggu tapi blum dpat lesen L macm mna ye
Sya nak amik lesen kereta mcm mana.sya xda lesen ape pon
Assalamualaikum/salam sejahtera,
nak tanya saya dah ada lesen D …tpi saya nk buat lesen B full ..adakah saya kena mengambil ujian komputer sekali lagi ?
Waalaikumussalam.
Sebelum itu, saya perlukan maklumat untuk menjawab dengan lebih tepat. Adakah Encik Hafiz telah memiliki lesen B2 sekarang ni? Jika tiada lesen B2, encik perlu jalani semula kursus kpp dan ujian komputer.
Jika nak lagi feedback yang cepat boleh hubungi saya di 0123753577 @ 0361886577. Insyallah kami dapat membantu anda.
Sekian Terima Kasih
saya sudah reply di email ya. Terima kasih
Assalamualaikum ,
hai admin , saya nak kepastian dengan lesen… saya telah memiliki lesen p bagi motor ..manakala bagi lesen untuk kereta hnya setakat L sahaja tetapi telah tamat tempoh… ..ape yang perlu saya lakukan…
Salam.. saya nk tanya saya dh lulus test jpj tapo lesen p saya xbuat lg.. dh dekat 3 bulan.. tp lesen p sy dh expired.. adakah sy masih boleh buat lesen p kat pejabat jpj or kena renew lesen l?? Tq
Assalammualaikum, admin
saya sudah memiliki lesen motor,
sekarang saya ingin mengambil lesen kerete,
adakah saya perlu mengambil semula ujian komputer?
Assalamualaikum admin, saya nak tanya.. pra-ujian lesen motosikal B2 tu macam mana ya? sebab saya punya agen tak gitau apa2 pon..boleh dak saya pegi test jpj tanpa pra-ujian?
hai
Hai.. saya dah pergi kursus 6 jam sebelum ambik ujian berkomputer. pertama kali ambik saya gagal. Dah lebih 4 bulan saya tak pergi ambik test berkomputer tu lepas fail. Saya nak tahu start new year (2017) saya kena start semua dr awal ke? Maksudnya duduk semula kelas 6 jam tu? Harap admin dapat bantu.. thank you 🙂
Saya telah buat sijil kpp di pusat penang. Tapi sebab pindah ke johor saya buat test computer dekat pejabat rilek disini. Yang masalahnya proses untuk mendapat lesen l boleh buat disini ke atau perlu dibuat di pusat yang lama? Saya dah lama tanya agent lama pasal surat pelepasan, tetapi hanya dapat jawapan tak perlu surat pelepasan. Sekarang test dah lulus tapi macamana nak dapat lesen l? Boleh ke terus jumpa mana2 pegawai jpj untuk selesaikan masalah ini? Atau ada cara lain?
hello admin. Saya nak tanya kalau saya dah luulus bahagian jalan raya tetapi gagal litar, bolehkah saya mengambil ujian di institusi lain memandangkan saya terpaksa bertukar kerja ke tempat lain. Adakah saya perlu mengulang kesemua ujian semula?
salam admin..saya nk tanya..saya dh lulus ujian jpj dua2 bahagian..dan saya layak untuk buat lesen p..tapi saya saya kena prgi plkn pula..semalam saya lulus harini saya kena ke plkn..boleh ke buat selepas kluar dari plkn?ataupun ada tempoh?
Salam admin, sy nak tanya, tempoh lesen kereta P hampir tamat dan sy bakal tukar ke lesen besar..adakah kalau sy ada saman polis trafik, akan effect sy punya lesen? Lepas x sy nak tukar lesen besar? Tq
saya mempunyai lesen d. saya ingin buat lesen psv van. perlukah saya memduduki sebarang ujian lagi?
Saya sudah abis p motor . Jika saya ingin membuat lesen kereta , adakah lesen kereta tersebut memerlukan p untuk 2 tahun sekali lagi ?
Assalammualaikum, admin
saya sudah memiliki lesen motor,
sekarang saya ingin mengambil lesen kete,
adakah saya perlu mengambil semula ujian komputer?
Saya dah lulus jpj. Tapi saya belum buat lesen P. Andaikata lesen L saya mati saya kena renew untuk buat lesen P atau tidak ?
Salam. Saya ada saman pdrm sje dan traffik kesemua nye tak ade lesen. Boleh ke saya daftar untuk komputer test b2D??
sekiranya saya dah ada Lesen B2, nak buat lesen kelas D, perlu buat ujian komputer semula atau tidak ?
assalamualaikum, sekiranya saya dah ada lesen kereta D (L) tapi dh tamat tempoh tapi saya nak amik semula lesen kereta DA boleh ke .. kalau boleh ini no saya saya perlukan lesen segera 01111031080
Klau sy nak ambil lesen kreta sebelum bulan lahir sy boleh ka?
Assalamualaikum nak tanya lesen memandu saya telah tamat tempoh sejak lebih 3 tahun.bila saya nak barui lesen jpj tidak luluskan. Jpj beritau suroh saya buat ujian semula. Untuk pengetahuan admin sekarang ni jpj bagi saya lesen L saja dan suroh buat ujian memandu semula. Adakah saya perlu belajar memandu semula atau bagaimane? Boleh beri saya pencerahan tentang masalah ini terima kasih.
Saya nak tanya. Kalau hari tu saya bak buat latihan motor, saya perlu booking hari tu jugak ke?