Belajar Memandu

bersama Cikgu Azhan (012-375 3577)

Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

how to write an article fce pdf freeessaywriter.org how to write a summary
how to write an essay in ielts general www.paperhelp.nyc how to write a cover letter for students

PROSEDUR yang perlu anda lalui untuk mendapatkan lesen memandu:

1) Mendaftar dengan Azhan LP yang merupakan rakan niaga Westport Driving Academy dengan: 

  • Datang ke pejabat kami di Pinggiran Batu Caves, atau
  • Daftar dan buat bayaran secara online 

2)Kursus Penilaian Pemandu atau kursus (KPP01) (6 Jam)

  • Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Syarat Umur: Genap 16 tahun (Lesen Motosikal) dan genap 17 tahun  (lesen kereta)
  • Pakaian Lelaki: T-shirt berkolar dan memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
  • Pakaian Perempuan: Bertudung dan memakai Kasut. Jika yang tidak bertudung perlu memakaih t-shirt berkolar. Tidak dibenarkan memakai skirt paras lutut.
  • Dokumen: Sila bawa kad pengenalan asal dan salinan.
  • Jadual: Kursus KPP Kereta ada pada setiap hari kecuali Jumaat dan KPP Motosikal ada pada Sabtu dan Ahad sahaja.  

3)Ujian  bahagian 1: Undang-undang berkomputer (1 jam)

  • Tempat: MYEG Danau Kota
  • Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
  • Dokumen: Kad pengenalan, nombor siri buku dan RM10 (gambar)

Anda perlu menghubungi kami sehari sebelum tarikh untuk ujian. Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, jumlah soalan adalah 50 dan markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.

Jika anda mengambil dua kelas lesen B2D, jumlah soalan adalah 70 dan perlu lulus 59/70. Pastikan anda membaca buku terutamanya bab sistem Kejara untuk mengelakkan anda gagal.

4)Anda akan perolehi lesen LDL

Anda akan perolehi lesen L dalam tempoh seminggu.

5)Latihan Demo (KPP02) 
  • Kelas D 5 1/2 jam 
  • Kelas B2 9 1/2 jam

Sila bawa bersama lesen L dan pastikan anda mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan.

6)Belajar Memandu (KPP03)

Belajar memandu adalah fleksibel dan anda boleh booking belajar memandu dengan kami dengan memberitahu awal supaya kami dapat masukkan nama anda di dalam jadual kami.

Kelas D – 10 Jam 

Kelas B2/B Full – 4 Jam

Pastikan anda membawa ic dan lesen L serta berkasut

7)Ujian Penilaian (QTI)

Calon hanya dibenarkan membuat tempahan Ujian Penilaian Pra-Ujian selepas memenuhi syarat minimum KPP 02 dan KPP 03 yang ditetapkan seperti di atas.

8)Ujian Praktikal

Ujian praktikal dengan JPJ akan diadakan pada hari Rabu pada setiap minggu. Kini JPJ telah membuat tiga sesi ujian iaitu:

Sesi 1: 8.30 pagi

Sesi 2: 11.00 pagi

Sesi 3: 2.00 petang

Kami akan update sesi anda berserta nombor giliran pada malam sehari sebelum ujian anda.

Ujian-ujian yang anda perlu lalui adalah:

a)Ujian bahagian 2:

i) Selekoh S, Selekoh Z, mendaki dan menuruni bukit

ii)Parking & 3 penjuru

b)Ujian bahagian 3:

Jalanraya

8) Lesen Memandu percubaan ‘P’

Tambahan RM60 + RM20 (Service Charges Runner) untuk Lesen P. Lesen P anda akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. Kini anda boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. 

258 thoughts on “Langkah Mendapatkan Lesen Memandu

  • Cikgu Azhan

    Untuk pengetahuan semua pengunjung blogini, latihan amali pemanduan adalah sebanyak 10 jam bukannya 8 jam

  • kalau ambil kereta dan motor sekali. bengkel pemanduan asas kene 6 jam juga ke 12 jam.ape kandungan bengkel tu.

  • cikguazhan

    bengkel 6 jam utk moto & kereta adalah berlainan kelas. Calon mesti menghadiri kedua-dua kelas tersebut.Utk bengkel 6 jam kelas D dibuat pd hari sabtu hingga selasa.(4 hari semingggu) Bengkel 6 jam kelas B dibuat pd hari sabtu hingga selasa dan khamis(5 hari seminggu)

  • salam cikgu..sya nk mula bljar keta sbtu ni la,bolh ke?

  • Sy akn m’duduki ujian kelas D pd 19ogos nie.Brpe markah yg perlu kte lulus??

  • utk selesai lesen L,kira2 berapa lama??

  • fariz

    salam, cikgu..nama saya fariz dan saya ada 3 pertanyaan :
    1) saya tinggal di au5, keramat..ada pengangkutan percuma x dari sini..??kalau ada, hantar sampai rumah ke..??
    2) saya berumur 17 thn (lepasan SPM) dan berminat nak ambil lesen kereta dan motor..cadangan cikgu pakej apa yang sesuai dengan saya dan bayarannya (promosi lepasan SPM)..??
    3) berapa lama saya perlukan untuk tamatkan pembelajaran saya untuk dapatkan lesen kereta (jika saya tiada pengalaman)..??

    cikgu boleh email jawapannya..terima kasih cikgu..

  • shafiq

    askum…sy nak tnye…sy ni buta warna..so boleh ke sy nak mgambil lesen…bgaimana cara yer???

  • nasreen

    assalamualaikum cikgu,
    boleh tak saya nk tanya lebih lanjut tentang bayaran bagi mengambil lesen motor dan kereta. saya juga ingin bertanya tentang pembayaran lesen motor sahaja.

  • Salam nasreen,

    Pakej pelajar adalah RM690 untuk kereta sahaja, dan RM890 adalah untuk Kereta dan motosikal. Jika Motosikal sahaja RM400

    Pakej utk pekerja adalah RM750 utk kereta shj, dan RM950 utk kereta & motosikal. Jika motosikal sahaja RM400

    Cara pembayaran boleh dibuat secara ansuran seperti berikut:

    1. Pendaftaran RM250
    2. semasa kursus bengkel RM150
    3. Baki hendaklah diselesaikan sebelum test JPJ (boleh buat 2 kali bayaran ansuran sebelum test JPJ)

    Terima kasih diatas pertanyaan.

  • siti hawa

    assalamualaikum..saya br semalam blaja kelas memandu setelah 2bulan mendapat lesen L.saya ingin menukar cikgu dari lelaki kepada perempuan.bagaimanakah caranya?harap dapat bls secepat mungkin..terima kaseh..

  • emm,cikgu..saya dah tamat latihan 8 jam..then,apa saya kene buat??

  • cikgu…untuk latihn amali 2 mesti kne matangkn dlm tempoh sebulan ke bru boleh test jpj??..klu xsampai sebulan mmg xboleh test jpj ye??..mmg prosedur mcm 2 ke???

  • Cikgu azhan

    salam yaya, ya itu prosedur JPJ. lesen L yang awak dah dapat nanti kena genap sebulan baru boleh test JPJ..

    maknanya. dlm tempoh tersebut Yaya boleh buat latihan amali..

  • wslm..ok..sy ingt prosedur kt tmpt sy blja memndu je..hehe.t.kasih ye cikgu..

  • salam,saya dah ada GDL untuk kelas D,kalau saya nak tambah kelas E berapa kos yang perlu d bayar?tq

  • Azni

    Salam. Saya nak ambil lesen dalam masa bulan depan. Masih ada kekosongan? Berapa bayarannya?

  • salam…
    sy nak tanya…ada tak guru y mgajar tok memandu guru perempuan…???
    brp hrga tok ambil lesen kreta jew…???
    terima kasih

  • sy nk tnyer,kalau org tu ada saman yang tidak di jelaskan jpj@polis bolehkah ambil lesen memandu???

  • Cikguazhan

    Yuyu, Perlu semak dahulu dgn JPJ samada blacklist atau tidak dgn sistem mereka.

  • Cikguazhan

    Salam Mira, guru perempuan tak ada. setakat ni kami ada 3 orang instruktor yg boleh mengajar termasuk saya.

  • nk tanya..
    saya dh ada lesen tp dah lama xbawak.
    Kalo nk amik kelas memandu shj, berapa ek charge die?

  • Akie, untuk belajar kemahiran memandu bagi yang dah ada lesen, cajnya adalah RM30 sejam. Tapi hanya boleh belajar pada hari isnin hingga jumaat sahaja. Hari sabtu & ahad khas untuk pelajar yang nak test jpj. TQ

  • nak tanya, kalau saya gagal test jpj bahagian 3 sahaja, berapa yg perlu saya bayar? boleh tak jika cikgu terangkan berapa yg perlu bayar dan duit itu digunakan untuk apa? saya agak was-was dengan sekolah memandu saya sekarang yang mengenakan harga yang amat melampau dari biasa. jika kena pada harganya, saya akan tukar sekolah memandu ke sekolah cikgu. terima kasih

  • Untuk retest adalah RM100. Untuk test card JPJ, retest JPJ dan pengangkutan.

  • Untuk retest RM100 sahaja. Untuk test card, retest JPJ dan transport.

  • saya nak tanya berapa lamakah tempoh yang diambil untuk mendapatkan lesen L..sebab ditempat saya belajar mengambil masa hingga 2 minggu…sampai sekarang still x dapat panggilan dari mereka..

  • Salam Liey,

    Proses untuk dapatkan lesen L adalah dlm masa 2 minggu. Tempoh untuk kursus KPP ke ujian komputer adalah 1 minggu, ujian komputer ke kursus praL adalah 1 hari. tempoh tersebut adalah yg minimum.

    Sila call tempat awak mendaftar kerana kadang2 kami pun tertunggu2 call dari student, bilakah tarikh mereka nk buat ujian komputer sbb kami tak pasti bilakah mereka bersedia (dah habis baca buku)..

    Sekian terima kasih.

  • salam saya nak tanya..sebelum nie saya saya dah pernah ambil lesen memandu tapi saya fail pada ujian buta warna…warna saya nampak tapi tulis dalam bulatan bintik2 saya tak nampak..adakah saya masih berpeluang untuk mengambil lesen memandu boleh terbang pun takpa).dah tak larat nak lari dari sekatan jalan raya boleh bantu saya?

  • Salam En Azhan,

    Sy pernah belajar di Metro Driving sebelum ini dan dpt lesen L dan malangnya dah tamat tempoh. Sy nak tau, jika sy belajar semula di sini, adakah semasa belajar sy perlu berkongsi kereta ngan pelajar lain? (maksudnya 3 pelajar dlm 1 kereta?

  • afiqah

    assalamualaikum. saya sekarang belajar memandu di intensif, dan sudah mendapat lesen L tetapi saya xnak belajar lagi disitu. boleh ke saya nak belajar di tempat lain seperti disini?

  • Salam Afiqah.. boleh.. call hp saya 0123753577

  • TULASI

    NAK TANYA, LESEN P FULL SAYA TAMAT TEMPOH SEPTEMBER 2008 MASA ITU I BERADA DI LUAR NEGARA BARU BALIK M’SIA,KALAU SAYA BUAT RAYUAN BOLEH KAH I DAPAT RENEW LESEN FULL SAYA ….ATAUPUN KENA DUDUK BALIK UJIAN PRAKTIKAL SAHAJA SEPERTI KAWAN I KATA…TQ

  • nur haslinda abd rahim

    salam..nak tya …org tgh pregnant bleh amik lesen tak…manala tau ada syarat2 org tgh pregnant x leh amik lesen..

  • Salam haslinda.. tak ada masalah bagi kami jika awak nak daftar lesen. Tapi diharapkan semasa proses pembelajaran, puan tiada masalah mengendalikan kenderaan tersebut.

    Terima kasih

  • Berapa lama masa diambil paling cepat untuk mendapat lesen kereta sahaja kelas D. first timer.

  • satu lagi, dimana pelajaran praktikal dijalan kan dan benarkah seperti kata pelajar afiqah di atas pelajar 3 orang dalam satu kereta…

  • Ina, belajar praktikal di Skem Driving Academy di batu 11 jln Gombak. Seorang instuktor hanya utk seorang pelajar sahaja. Mungkin yg afiqah lalui adalah pengalaman dia belajar satu kereta dengan 3 pelajar. Adalah menjadi kesalahan jika seorang instruktor mengajar lebih dari seorang pelajar. TQ

  • paling cepat dalam masa 2 Bulan

  • liza

    Assalammualaikum,
    En. Azhan , dalam usia 40an ni baru hati saya terbuka nak ambil lesen tapi saya sangat bimbang akan tahap kecekapan saya. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini.’Terima kasih.

  • halim

    cikgu..untuk selesai segala urusan dari kelas kpp sehingga dapat lesen memandu P memakan masa berapa bulan?kalau peserta konsisten dalam pembelajaran.

  • cikgu kecik

    salam. saya amek lesen moto dan kereta pada 2007. saya dah dapat kompeten untuk lesen moto. cuma sampai sekarang saya belum duduki test jpj untuk kereta. lama saya tinggal belajar kereta. kalau saya nak ke driving academy lain, apa prosedur saya kena buat? masih kena ambil ujian komputer dan hadiri kursus serta bayarannya?

  • syafiq

    salam cikgu… saya nak luah kan ketidak puasan hati saya pada skem, berbeza dgn metro.., kedua duanya menawarkan pakej ambil dan hantar , SKEM: katakan time blajar 2pm tamat 4pm.. kalau kita sampai 3pm tetap tamat 4pm dgn alasan 4pm 6pm utk pelajar lain, walhal kelewatan tersebut bukan kerana saya tetapi van yg dtg ambil 215pm sampai kt skem 250pm, dh kena leter dgn cikgu.. pastu tetap4pm time saya dh habis, so sy rugi 1jam 10minit… tak macam metro, klu dimetro 1jam 10minit tu carryforward. lepas tu pulak kerani diskem gombak langsung tak mesra pelanggan, kes nk ambil lesen L, sblom dtg kita dh call kata lesel L dh siap belum, kerani tu kata dah siap… yg hampa nya bila kita sampai nk ambil lesen L tu kerani kata pegawai yg pegang lesen tu cuti, dh buang masa kita pergi dan balik… bila sy kata td saya call naper tak cakap terus yg pegawai tersebut cuti… ez dia jawab yg itu sy tak tau tadi encik call bercakap dgn siapa ? saya kata tak tau tapi perempuan.. dia jawab kat kaunter ni ada 5 org .. yg mana 1 encik kena cari sendiri… pergggg bara bara … mau makan pelempang jer budak ni kang…tp takper la budak2… dan akhirnya bila saya nak tukar ke metro .. dah 1 hal pulak kena mengadap skem lagi nk dpt kan surat sm4… nk dpt kn surat sm4 tu pulak punya la lambat… akhirnya dapat jugak n saya bertukar ke metro.. dimetro saya lalui pengalaman memandu yg berbeza… bukan nk promote metro tp itu lah hakikatnya……

  • Salam syafiq. mungkin anda lalui pengalaman pahit bersamai institut memandu tersebut. Kami memohon maaf bagi pihak mereka.

    untuk makluman syafiq, Skem dan Azhan LP adalah entiti yang berbeza pengurusannya. Kami adalah rakan niaga mereka yang beroperasi dengan tenaga pengajar, pengurusan dan perkidmatan yang berasingan dengan mereka. Insyallah anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan kami kerana kami sentiasa akan cuba mengatasi masalah yang timbul.

    Amin.

  • ada x lesen memandu automatik gear?

  • roslini

    Salam. Kalau waktu amali saya masih ada satu jam yang belum settle tapi lesen L saya dah tamat tempoh perlu ke saya ulang balik amali 10jam tu? Please need an information huhu

  • roslini

    I mean lesen L saya akan fully tamat tempoh next year

  • HaziqYoyoYayaYuyu

    Salam,

  • Haziq Gombak

    Salam,
    Nak tanya saya akan genap 17 tahun pada 20 januari 2012, boleh tak saya ambil test computer sebelum birthday saya?
    Lagi satu nk tanya, ada tak kelas yg buat sabtu@ahad kerana saya student SPM, tau tau je la kena study la ape la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat