UJIAN MEMANDU BAHAGIAN 2
Calon perlu melalui 3 ujian yang telah ditetapkan oleh JPJ untuk mendapatkan lesen P. Berikut adalah ujian-ujian tersebut:
Ujian Bahagian 1 (Undang-undang dan pemanduan berkhemah)
- Untuk menguji tahap kefahaman calon pemandu mengenai peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya
- Jika anda hanya mengambil 1 kelas lesen sahaja samaada B2 atau D, markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50.
- Jika anda mengambil dua kelas lesen B2D, jumlah soalan adalah 70 dan perlu lulus 59/70
Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna. Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10.
Ujian Bahagian 2 (Ujian praktikal pemanduan di litar)
Dalam ujian memandu ada dua bahagian calon kena buat, iaitu ujian di litar dan ujian di jalan raya. Dalam post ini, kami akan terangkan dulu ujian memandu bahagian dua iaitu ujian di litar.
Pertama sekali, dalam ujian ni calon akan lakukan Rutin Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan.
Rutin Pemeriksaan Sebelum Memulakan Perjalanan terbahagi kepada dua iaitu:-
- Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)
- Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Ujian Bahagian 3 (Ujian memandu di jalan raya)
- Untuk menguji tahap kemahiran calon mengawal kenderaan di litar mengikut eleman-eleman yang telah ditetapkan.
- Menguji tahap kemahiran mengaplikasikan pemanduan selamat di jalan raya dengan mengenal pasti dan mengatasi halangan, kebolehan mengurus kelajuan, memotong, menukar laluan.
ok terimakasih.